• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Sabah Tak Rasa Gurauan Awal Ashaari Lucu

oleh AK-47
02/07/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA kerana mahu bermesra dengan peminatnya, pelakon dan pengacara Awal Ashaari telah disalaherti oleh orang Sabah.

Ini gara-gara Awal telah menggunakan perkataan ‘bah’ yang menjadi dialek orang Sabah untuk mempromosikan pakaian raya di negeri berkenaan dalam satu status yang dimuatnaik di Instagram.

Orang Sabah Tak Rasa Gurauan Awal Ashaari Lucu

Namun, tanpa diduga status tersebut mengundang kemarahan dan kritikan orang Sabah yang beranggapan bintang itu seperti memerli dialek mereka.

Ini kerana orang Sabah tidak menggunakan ‘bah’ di penghujung semua ayat seperti dilakukan oleh Awal.

Tampil menjelaskan isu itu, Awal memberitahu dia tiada niat mahu mempersendakan orang Sabah sebaliknya hanya mahu bermesra dan bergurau semata-mata.

“Tak ada niat langsung mahu mempersendakan orang Sabah. Saya cuma mahu bergurau manja dengan mereka dengan cuba selitkan perkataan ‘bah’ bagi menunjukkan lebih kemesraan di situ.

“Peminat saya tahu bagaimana personaliti saya yang suka bercanda. Dalam hal ini saya bukannya sengaja menjadikan isu budaya dan kenegerian sebagai bahan mainan.

“Saya tidak kesal dengan status itu cuma saya rasa tidak sepatutnya ia jadi isu dan diviralkan. Sudah puas menjelajah di pelosok negara membuatkan saya sentiasa cuba bertutur dialek setiap negeri dan bukannya di Sabah saja. Mungkin ini kes disebabkan orang Sabah lebih sensitif soal budaya dan bahasa mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Pun begitu, ada juga yang memuji usaha Awal kerana bercakap dialek Sabah bagi menarik perhatian peminat di sana. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Awal Ashaari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Awal Ashaari Mengaku Tidak Salah Rosakkan Palang Pagar

17/05/2022
0

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Awal, Scha Menang Kes Tuntutan Saman

27/03/2019
0

“KAMI buat perkara ini bukan nak untung, tetapi menuntut hak yang sudah kami laburkan,” kata pelakon dan pengacara, Awal Ashaari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd