• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Moratorium Lombong Bauksit Di Pahang Dilanjut 2 Bulan Lagi

oleh Ahmad Albab
30/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kabinet bersetuju tempoh moratorium terhadap aktiviti perlombongan bauksit di Pahang yang berakhir pada 15 Julai ini dilanjutkan dua bulan lagi sehingga 14 September, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata lanjutan tempoh moratorium kali ketiga itu adalah untuk membolehkan usaha mengosongkan stokpil bauksit yang masih berada di luar Pelabuhan Kuantan iaitu sekitar bandar Kuantan dan Bukit Goh dilakukan.

Jumlah bauksit dalam stokpil di luar Pelabuhan Kuantan dianggarkan sebanyak 5.4 juta tan meliputi 1.3 juta tan dalam stokpil di kawasan Gebeng, 2.3 juta di dalam kawasan lombong dan 1.8 juta tan di kawasan Felda, katanya.

“Selagi stokpil tidak keluar, selama itu kementerian dan kerajaan negeri Pahang bersetuju bahawa kita tidak akan membenarkan aktiviti melombong baukist,” katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula 15 Januari dan berakhir pada 14 April lalu. Ia kemudian dilanjutkan selama tiga bulan lagi sehingga 15 Julai ini.

Wan Junaidi berkata bagi tujuan mengosongkan stokpil tersebut, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengeluarkan sebanyak 25 AP khas.

“Namun sehingga 1 Jun lalu, hanya 187,438 tan sahaja dieksport, sedangkan kapasiti pengendalian eksport bauksit di Pelabuhan Kuantan adalah 1.5 juta tan sebulan dan di Pelabuhan Kemaman, Terengganu sebanyak 700,000 tan sebulan.

“(Stokpil yang bertimbun) Ini bukan salah kerajaan pusat dan negeri atau kementerian tetapi industri bauksit tidak bergerak. Saya tidak faham dan rasional disebalik kenapa mereka memegang stokpil. Industri yang membunuh sendiri kerana stokpil bauksit tidak bergerak,” katanya.

Wan Junaidi berkata beliau mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pada 24 Jun lalu mengenai beberapa perkara yang masih memerlukan tindakan lanjut terutamanya menyelesaikan isu pengosongan stokpil bausit.

Dalam hal ini, katanya kementerian dan kerajaan negeri Pahang bersetuju untuk bekerjasama mempermudahkan pengeksportan kesemua baki bauksit dalam stokpil di luar Pelabuhan Kuantan.

“Kementerian dan kerajaan negeri Pahang berharap pihak industri dapat memberikan kerjasama yang baik dalam memastikan kesemua stokpil tersebut dieksport keluar dalam jangka masa tersebut,” katanya.

Ditanya sekiranya stokpil bauksit masih tidak dapat dikosongkan sehingga tempoh lanjutan pada 14 September ini berakhir, Wan Juanidi berkata: “Selagi
stokpil tidak dikosongkan, saya masih mencadangkan kepada kerajaan untuk memanjangkan tempoh moratorium bagi perlombongan bauksit dan kerajaan akan membuat keputusan”.

Beliau berkata semua pemain industri bauksit harus mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan apabila kerajaan menarik balik moratorium ke atas perlombongan pada masa akan datang. – BERNAMA

Tags: bauksitWan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

16/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan kesediaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd