• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelepasan Khas Pada 8 Julai Jika Aidilfitri Jatuh 6 Julai

oleh Ahmad Albab
30/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai, demikian umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun, katanya pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

“Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ali dalam pada itu merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersetuju dengan cadangan daripada penjawat awam itu khususnya oleh CUEPACS.

“Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik serta produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing,” katanya. – BERNAMA

Tags: Aidilfitricuti peristiwa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd