• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tips Teman Isteri Ketika Shopping Raya

oleh AK-47
09/07/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENEMANI isteri shopping hari raya tentu membuatkan lelaki bosan, namun ini antara nota kecil yang mungkin berguna untuk kaum Adam khasnya yang belum berkahwin sebagai panduan masa akan datang.

Apabila isteri mengajak membeli-belah pakaian raya, bersiap sedialah golongan suami dengan tenaga dan peralatan yang cukup supaya tidak jatuh pengsan.

Orang perempuan, walaupun berpuasa masih boleh bershopping di beberapa buah mall dan pergi kesemua tingkat yang ada dalam kompleks tersebut satu persatu.

Entah daripada mana kekuatan tu datang, anda pasti terkejut. Biasanya lelaki dalam mall itu hanya akan mengekori dari belakang dengan muka marah.

Sebaliknya si isteri pula berjalan di depan penuh bersemangat dengan senyuman. Cuba lihat dan perhati sendiri suasana begini di dalam beberapa mall. Abang sado pun pucat muka dibuatnya.

Ada suami yang terduduk di belakang tiang. Ada yang berjalan sambil lihat hanphone, di matanya tiada apa yang menarik dalam mall tu. Ada juga tertidur di kerusi rehat yang disediakan.

Saat ini jika ada anak, suamilah yang perlu mendukung atau jaga anak kecil tu. Isteri kita akan hilang sekelip mata sahaja. Sekejap dia di depan, sekejap di belakang, tiba-tiba ada di sebelah kiri atau kanan.

Kadang-kadang hilang terus dan perlu telefon baharulah jumpa. Boleh sakit tulang belakang dukung anak dari tingkat 1 sampai tingkat 8. Sebaiknya bawa stroller atau kereta sorong.

Ketika isteri sedang pilih-pilih pakaian dan bertanya, cantik tidak pakaian itu, jangan cakap semua cantik, tetapi pandai-pandai la komen…

“Macam senget sikit.”

“Warna terang sangat.”

“Rasa-rasa yang tu lagi sesuai.”

Dan seumpamanya…. Walaupun di mata lelaki semua nampak sama saja. Isteri kadang-kadang bukan nak minta pandangan kita sangat, cuma saja-saja nak bermanja dan tengok apa yang kita jawab.

Wanita tahu cita rasanya, maka pandai-pandai lelaki beri pendapat untuk hiburkan hatinya. Walaupun ingin hiburkan hatinya, kita perlu berhati hati dengan jumlah perbelanjaan waktu itu.

Si isteri biasanya akan teruja apabila lihat ada tawaran 50%, 70% dan ke atas.

“Tengok tu bang! Diskaun 70%! Mana nak dapat ni, bang, ni rezeki kita dengan anak-anak ni bang. Kalau lambat confirm habis bang! Wajib beli ni!”

Bagi isteri, membeli barang offer adalah satu kemenangan. Bagi suami pula, cuba elakkan poket kering adalah satu kejayaan. Maka berjuanglah dengan aman.

Pasangan mungkin akan pulang dengan keadaan yang lebih penat daripada orang yang bersenam di gim. Sebaliknya si isteri pula pulang dalam keadaan riang gembira.

Kalau si suami rasa orang lelaki sebagai kuat, ketika shopping, isteri lagi kuat daripada suaminya.

Saat itu mungkin adalah antara aktiviti yang menggembirakan mereka. Teman mereka tanpa banyak soal. Meskipun muka kita memang sah nampak bosan dan letih, tutup mulut dan biarkan mereka habiskan masa untuk shopping.

Di rumah isteri penat jaga anak dan berhias untuk pasangannya. Jarang-jarang sekali teman dia dengan senang hati. Inilah antara tugas lelaki sebagai suami.

Jika terasa penat, perhatikan wajah suami orang lain dalam mall tersebut. Mereka mungkin lebih penat daripada anda. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hari RayaSHOPPING
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Destinasi ‘Shopping’ Pilihan Wanita Muslim

29/10/2019
0

MALAYSIA mendahului senarai 10 negara paling popular di seluruh dunia sebagai destinasi pilihan untuk wanita Muslim melancong dan berbelanja. Memetik...

Ketupat Palas Laris Di Hari Raya

21/08/2018
0

ALOR SETAR - Menjadi tradisi masyarakat di negeri ini menghidangkan ketupat daun palas sebagai antara juadah utama setiap kali hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd