• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Fail Permohonan Batal Saman Anina

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula bekas ahli Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin yang mencabar Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 iaitu keputusan mana-mana parti tidak boleh dibawa ke mahkamah.

Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh memfailkan permohonan itu pada 21 Jun lepas di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini atas alasan saman itu tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah terhadap mereka.

Saman itu juga dikatakan mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan juga menyalahgunakan proses mahkamah.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili Tengku Adnan dan Ab Rauf memberitahu media hari ini bahawa mahkamah menetapkan 15 Julai ini untuk pengurusan kes.

Pada 3 Jun lepas Anina memfailkan saman pemula itu bagi mendapatkan pengisytiharan Seksyen 18C Akta Pertubuhan itu sebagai tidak sah dan terbatal dan bercanggah dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan diri dan Perkara 8 iaitu kesamarataan di sisi undang-undang.

Anina menamakan kerajaan Malaysia, Tengku Adnan dan Ab Rauf dalam kapasitinya sebagai pegawai awam UMNO sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Katanya oleh itu Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO iaitu mana-mana ahli yang membawa perkara parti atau keahliannya ke mahkamah tanpa mematuhi sepenuhnya peraturan parti akan digugurkan keahlian, adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Perkara 5 dan 8.

Oleh itu Anina mendakwa pemecatan keahliannya di dalam UMNO adalah tidak sah dan terbatal. – BERNAMA

Tags: samanUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

21/10/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meluahkan rasa berat hati terpaksa membuka bidaan motosikal Honda X-ADV...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd