• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Fakta Anda Patut Tahu Tentang Pasukan Iceland

oleh AK-47
29/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN saiznya yang kecil berbanding negara-negara Eropah yang lain, Iceland mara sebagai wira tidak didendang setelah menewaskan pasukan England 2-1 dalam aksi kalah mati pada Euro 2016, Isnin lalu.

Sebelum kejayaan yang tidak disangka itu, Iceland telah mengalahkan Austria, Belanda, Turki dan Republik Czech sebelum berjaya menempatkan dirinya di dalam tangga kelapan teratas.

Namun, apakah faktor yang membawa kepada kemenangan Iceland tempoh hari? Mari kenali pasukan ini dengan lebih dekat!:

1. Salah seorang pengurusnya merupakan doktor gigi

Heimir Hallgrimsson
Heimir Hallgrimsson

Heimir Hallgrimsson bekerja sebagai seorang pakar ortodontik dan juga menjadi pengurus bersama pasukan bola sepak negaranya. Beliau bekerja di sebuah pulau berkeluasan 13km persegi bernama Heimaey yang berpopulasi kurang daripada 5,000 orang dan jutaan burung puffin. Hallgrimsson juga bakal menjadi pengurus sepenuh masa pasukan bola sepak Iceland selepas Euro 2016 tamat.

2. 10 peratus populasi Iceland ke Perancis untuk menyokong pasukan mereka

Iceland mempunyai bilangan penduduk yang lebih kurang sama dengan sebuah bandar kecil di England, iaitu lebih kurang  332,529 orang. Jadi jika 10 peratus daripada bilangan ini? Lebih 33 ribu penonton daripada Iceland sama-sama turun padang bagi memberi sokongan moral kepada skuad bola sepak mereka!

3. Mereka berlatih di dalam ‘kubah’

Oleh kerana suhu yang agak sejuk di negara itu, suhu paling tinggi yang pernah dicatatkan setakat ini adalah 10 hingga 13 darjah Celcius. Namun, apa yang lebih menyukarkan keadaan adalah tempoh masa siang dan malam mereka yang unik, iaitu tempoh 20 jam pada waktu malam pada bulan Disember. Keadaan ini sudah tentulah tidak sesuai untuk berlatih bermain bola sepak.

Oleh itu, negara itu telah membelanjakan sejumlah wang untuk membina fasiliti indoor khas untuk latihan sukan tersebut selama lebih 15 tahun.

4. Penjaga golnya merupakan pengarah filem

Hannes Halldorsson mengarah filem sebelum menjadi penjaga gol skuad bola sepak Iceland. Antara hasil kerja beliau adalah mengarahkan klip video wakil Iceland semasa pertandingan nyanyian Eurovision 1012.

5. Pengulas sukan berbangsa Iceland berhenti kerja

Beberapa klip suara yang mendengarkan pengulas sukan bangsa Iceland Gudmundur Benediktsson menjerit dan berteriakan selepas skuad negaranya berjaya menjaringkan gol sekaligus memenangi perlawanan sengit dengan Austria minggu lalu telah menjadi viral di Internet.

Kegembiraannya amat ‘berjangkit’ dan berjaya menarik perhatian ramai penonton.

Beberapa hari kemudian, beliau telah berhenti daripada berkhdmat dengan pasukan KR Reykjavik yang tidak begitu menyerlah dalam arena bola sepak Eropah.

Bagaimanapun, Gummi Ben kembali ‘beraksi’ pada perlawanan Isnin lalu dan mungkin menyumbang kepada kemenangan Iceland. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Euro 2016iceland
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

Ikan Paus Besar Dibunuh Kejam, Dilapah Di Iceland

13/08/2022
0

REYKJAVIK, Iceland – Sebilangan ikan paus dilapah di pantai Iceland selepas tempoh larangan memburu mamalia marin berkenaan selama empat tahun...

‘Naga Hijau’ Muncul Di Iceland

25/02/2019
0

REYKJAVIK - Seorang jurugambar berjaya merakam imej seakan-akan seekor naga gergasi berwarna hijau sedang menyembur api di ruang udara sewaktu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd