• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selamatkan MAS Bukan Kejanggalan – M Kayveas

oleh Ahmad Albab
26/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menyumbat kebocoran adalah antara langkah yang boleh menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) walaupun ketika syarikat penerbangan itu sedang bersedia mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bersejarah bagipemegang saham minoriti pada 6 November ini.

Penasihat kepada Menteri Pengangkuta, Tan Sri M Kayveas berkata, sistem sekarang memberi terlalu banyak kelebihan kepada mereka yang sudah terlalu lama berada di situ.“Kebocoran dan kelebihan inilah yang menyebabkan MAS tidak untung,” kata Kayveas yang juga Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP).

Bersandarkan situasi kompleks yang menyelubungi MAS berserta dua tragedi udara, Kayveas menghujahkan bahawa sudah menjadi ‘tugas dan tanggungjawab’ kerajaan sedia ada untuk mengubah keadaan dan mengembalikan kegemilangan syarikat penerbangan negara itu.

MAS mencatatkan kerugian bersih RM1.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2013.

Syarikat itu juga melaporkan kerugian bersih RM443 juta bagi suku pertama 2014 dan kerugian bersih RM307 juta untuk suku kedua 2014.

Pada EGM MAS nanti, pemegang saham minoriti akan mengundi bagi menentukan sama ada pemilik kepentingan majoriti Khazanah Nasional Berhad boleh mengambil alih baki 30.4 peratus saham MAS yang tidak dimilikinya, agar Khazanah dapat menyuntik modal baharu untuk melaksanakan pelan penstrukturan semula bertujuan memulihkan syarikat yang bermasalah itu, tanpa mendedahkan pemilik saham minoriti terhadap ragam penstrukturan semula.

Penerimaan tawaran 27 sen daripada Khazanah oleh pemegang saham minoriti akan membuka laluan untuk penyahsenaraian MAS, membenarkan Khazanah mengambil alih sepenuhnya pemilikan syarikat penerbangan nasional itu.

Ini akan memberi fleksibiliti yang lebih baik bagi melaksanakan pelan penstrukturan semula MAS selain menyusun struktur modal bersesuaian untuk menangani keperluan pembiayaan yang besar dalam tempoh beberapa tahun akan datang bagi mengekalkan operasi syarikat.

Pelan penstrukturan semula itu menetapkan sasaran jelas termasuk kembali beroleh keuntungan menjelang akhir 2017 dan disenaraikan semula pada akhir 2019.

Berdasarkan senario semasa MAS, penyahsenaraian adalah jalan terbaik untuk memastikan keadilan kepada pemegang saham minoriti yang ditawarkan jalan keluar pada premium kepada harga pasaran semasa.

Menerusi cara ini pemegang saham minoriti tidak akan terdedah kepada risiko dan ketidaktentuan yang berkaitan apabila MAS melaksanakan penstrukturan semula, memandangkan tidak banyak yang boleh dilakukan oleh pemilik saham minoriti untuk mengawalnya.

Kayveas berkata, MAS merupakan syarikat penerbangan negara, sama seperti 90 peratus syarikat penerbangan di dunia, dan amat penting bagi syarikat penerbangan ini untuk kembali pulih dan terus beroperasi.

“Justeru, ini bukan menyelamatkan ataupun menyuntik lebih banyak wang. Ini(MAS) kebanggaan negara, perlu dilakukan, sama seperti kita perlukan jalan, kereta api dan MRT,” katanya.

Kayveas yang pernah berkhidmat dengan MAS selama 16 tahun menambah: “Kita perlu idea inovatif untuk membawa MAS mara dan satu entiti baharu diperlukan,” katanya.

Beliau berkata, menyelamatkan MAS bukan satu kejanggalan industri.

“MAS bukan yang pertama dalam industri penerbangan atau dunia penerbangan yang menghadapi situasi ini. Banyak syarikat penerbangan yang mengalaminya dan mengatasi situasi lebih buruk daripada MAS. Japan Airlines terpaksa menutup syarikat lama dan memindahkan aset serta menubuhkan syarikat baharu,” katanya.

MAS dalam pekeliling bertarikh 15 Oktober 2014 menggesa pemegang saham minoriti menerima harga tawaran 27 sen daripada pemegang saham majoriti khazanah memandangkan pelan pemulihan bergantung kepada penerimaan proses penswastaan bernilai RM1.38 bilion itu.

Bermula 1 Julai 2015, MAS akan menjadi syarikat baharu (NewCo), yang akan menandatangani kontrak dengan pembekal berdasarkan terma-terma yang adil serta mengambil kira masalah kewangannya. – BERNAMA

Tags: MAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd