• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Poster ‘Rasis’ Kempen Palang Merah AS Ditarik Balik

oleh
28/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – Sebuah poster mengenai kempen keselamatan kolam renang yang diterbitkan Palang Merah Amerika Syarikat (AS) terpaksa ditarik baik daripada edaran awam gara-gara dikatakan berbaur rasis.

Poster yang sebenarnya hanya mahu menggambarkan suasana risiko bahaya di kolam renang tersebut pada mulanya merupakan sebahagian daripada program kesedaran keselamatan bagi para pengguna kolam awam di seluruh AS.

Namun, media tempatan melaporkan poster bertajuk “Be Cool, Follow The Rules” menampilkan keterangan yang dirasakan menyinggung golongan kulit hitam dan masyarakat bukan kulit putih di negara berkenaan pula.

Puncanya kerana jika diteliti semua perbuatan salah yang ditandakan dengan tulisan ‘not cool’, jelas dirujuk kepada kanak-kanak kulit hitam, sementara perbuatan baik atau ‘cool’ hanya dilakukan oleh kanak-kanak kulit putih.

Seorang netizen John Sawyer, dari Salida, sebuah bandar di negeri Colorado yang memuat naik gambar itu menerusi akaun Twitter-nya dan mulanya merakamkan poster tersebut daripada isterinya di sebuah tempat rekreasi di Salida.

Dia kemudian menulis keterangan pada foto berkenaan dengan bunyi: “Hey, Red Cross, send a new pool poster to @SalidaRec because the current one they have with your name on it is super racist.“

Poster 'Rasis' Kempen Palang Merah AS Ditarik Balik

(“Hai Palang Merah, sila kirim satu lagi poster kolam yang baharu kepada @SalidaRec kerana poster yang sedia ada dengan nama anda di dalamnya ternyata adalah amat rasis.”)

Susulan teguran ‘panas’ tersebut, pihak ibu pejabat Palang Merah AS di sini segera memberikan maklum balas dengan mengeluarkan kenyataan rasmi yang berbentuk penghargaan kepada semua pengkritik poster berkenaan.

Organisasi tersebut malah mengakui bahawa poster keselamatan kolam renang itu sebagai tidak sensitif dan berpotensi menimbulkan perdebatan awam kerana berbaur rasis serta kurang sensitif dengan kaum kulit hitam.

“Kami menyampaikan permohonan maaf secara mendalam atas kesilapfahaman ini. Poster tersebut kami buat dengan niat untuk tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak pun,” demikian bunyi kenyataan berkenaan.

“Sebagai sebahagian daripada organisasi kemanusiaan terbesar di dunia, kami sangat berkomitmen dengan ragam kepelbagaian dan melakukannya dalam segala aspek untuk kegiatan kesukarelaan kami,” tambah kenyataan itu.

Poster kontroversi tersebut menurut kenyataan berkenaan, telah pun segera ditarik keluar dari edaran, termasuk dipadam serta-merta daripada laman sesawang rasmi Palang Merah AS sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kolam renangPalang Merahposterrasis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Kelantan Muat Naik Ucapan “Terima Kasih YAB Perdana Menteri”, Hargai Peruntukan RM20 Juta

MB Kelantan Muat Naik Ucapan “Terima Kasih YAB Perdana Menteri”, Hargai Peruntukan RM20 Juta

19/04/2026
0

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menghargai pengumuman peruntukan berjumlah RM20 juta bagi program pembasmian kemiskinan untuk Kelantan oleh Perdana Menteri,...

Poster Bantuan RM1,500 Sempena Aidiladha Palsu – Fahmi

Poster Bantuan RM1,500 Sempena Aidiladha Palsu – Fahmi

24/06/2023
0

Kuala Lumpur : Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan sebaran berbentuk poster mendakwa kerajaan akan menyalurkan bantuan Aidiladha sebanyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd