PASUKAN Iceland mencipta sejarah tersendiri apabila  layak ke peringkat suku akhir Piala Eropah 2016 selepas menang 2-1 ke atas England dalam perlawanan saingan 16 terbaik di Stadium Allianz Riviera, Nice, Perancis.
Pada saingan suku akhir pasukan itu akan bertemu pasukan tuan rumah Perancis di Stadium Stade de France, Saint-Denis, Isnin ini.
England menguasai perlawanan selepas lima minit perlawanan menerusi hadiah sepakan penalti yang disempurnakan pemain Wayne Rooney selepas Hannes Halldorsson melanggar Raheem Sterling di dalam kotak penalti.
Namun, Iceland tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol selepas Ragnar Sigudsson memanfaatkan peluang apabila Karki Arnason membuat umpanan panjang.
Pada minit ke-18, Iceland mendahului selepas Kolbein Sigthorsson tidak di kawal, membuat jaringan melepasi Joe Hart.
Pada minit ke-68, Jamie Vardy yang masuk sebagai pemain gantian melakukan larian solo ke kawasan kotak penalti Iceland selepas Sigurdsson mengeluarkan bola.
Iceland nyaris menambah keunggulan mereka melalui Aron Gunarsson setelah mendapat hantaran daripada kapten pasukan itu yang melepasi kawalan pertahanan England.




England tidak menyerah kalah menerusi percubaan daripada Harry Kane, Marcus Rashford dan Jack Wilshere untuk merobek pertahanan Ireland. Bagaimanapun, mereka gagal menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan.
Diiringi sorakan seluruh penyokongnya di Stade de Nice, Iceland layak ke peringkat suku akhir. – MYNEWSHUB.CC

