• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budiman, Mastura Hadiri Taklimat Khas Dewan Rakyat

oleh Ahmad Albab
27/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua anggota Parlimen yang baru dipilih, Budiman Mohd Zohdi dan Datin Mastura Mohd Yazid, hari ini menjejak kaki di bangunan Parlimen untuk satu taklimat khas.

Budiman, wakil rakyat bagi kerusi Parlimen Sungai Besar dan Mastura bagi kerusi Kuala Kangsar hadir untuk mendengar taklimat berkenaan perjalanan dan peraturan mesyuarat Dewan Rakyat serta perkara lain yang berkaitan sebagai persediaan kepada kedua-dua mereka untuk menggalas tanggungjawab baharu itu.

Taklimat itu yang disampaikan Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah di pejabatnya berlangsung kira-kira satu jam.

Ketika ditemui pemberita selepas sesi taklimat itu, kedua-dua wakil rakyat berkenaan menyatakan tidak sabar untuk berada di dalam Dewan Rakyat, bagi mengutarakan isu-isu berkaitan rakyat.

Bagi Budiman, segala persediaan menjadi anggota Parlimen telah dirangka sejak hari pertama selepas dipilih sebagai wakil rakyat Sungai Besar dan kini beliau cukup bersedia.

“Memandangkan kita akan mula memasuki mesyuarat Dewan Rakyat pada Oktober iaitu pada sesi pembentangan Bajet (2017), jadi isu-isu yang mungkin akan saya bawa menjurus ke arah itu,” katanya.

Mastura pula berikrar untuk terlibat secara aktif dalam perbahasan di Dewan Rakyat walaupun mengakui masih banyak yang perlu dipelajari terutama isu-isu peringkat antarabangsa.

“Banyak penyelidikan yang perlu dibuat merangkumi semua perkara di peringkat antarabangsa dan saya perlu melihat dan mendalami perjalanan Dewan Rakyat,” katanya.

Kedua-dua mereka dijangka mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada mesyuarat Dewan Rakyat akan datang iaitu pada 17 Okt.

Turut hadir pada sesi taklimat itu Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad dan anak sulung Mastura, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Budiman dan Mastura dipilih sebagai anggota Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada pilihan raya kecil (PRK) di kawasan masing-masing yang diadakan serentak pada 18 Jun lepas. – BERNAMA

Tags: Budiman Mohd ZohdiDatin Mastura Mohd Yazid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sudah Pergi Pejabat YB, Tapi Selalu Tak Ada, Adu Wanita

24/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Walaupun Barisan Nasional (BN) sudah tidak berkuasa dan tidak memiliki sumber namun komponen parti itu dicari rakyat...

Pesawah Mohon Pemotongan Pemutuan Dikurang

08/05/2018
0

SEKINCHAN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diminta mengurangkan kadar pemotongan pemutuan padi kepada pesawah di kawasan Sekinchan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd