• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanaman Jagung Bijirin Kemaman Bakal Dituai Pertama Kali

oleh Ahmad Albab
27/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Projek perintis penanaman jagung bijirin untuk makanan ternakan seluas 38 hektar yang dilaksanakan di Kampung Dadong, dekat sini bakal mengeluarkan hasil tuaian pertama akhir September ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata projek yang disertai 51 petani dari sekitar kampung berkenaan bakal mengeluarkan hasil antara lapan hingga 12 tan metrik.

Projek perintis ini katanya turut melibatkan kerjasama antara Jabatan Pertanian dengan syarikat swasta, Green World Genetics Sdn. Bhd. (GWG).

“Projek dimulakan awal bulan ini dan ia boleh dituai 100 hari dari sekarang.

“Jika sekiranya projek ini berjaya ia akan menjadi sejarah baharu dalam industri pertanian kita iaitu tanaman jagung bijirin akan menjadi satu lagi tanaman utama bagi menyokong sumber makanan negara selain tanaman padi.

“Ia sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap jagung import kerana kita terpaksa mengimport kira-kira empat tan jagung bijirin dengan nilai RM3.1 bilion setiap tahun bagi menghasilkan makanan untuk ternakan seperti ayam dan ikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak tanaman jagung tersebut di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Pertanian negeri, Mohd Nasir Warris dan Ketua Pegawai Eksekutif GWG, Dr. Chua Kim Aik.

Ahmad Shabery berkata projek berkenaan juga bakal mewujudkan satu ekosistem industri pertanian baharu, yang memberi peluang besar kepada pengusaha tanaman, pembekal biji benih, pembekal baja, logistik, pemprosesan, penjualan dan pengeksportan.

“Ini adalah satu bentuk kekayaan baharu yang dapat kami wujudkan untuk golongan petani di negara ini,” katanya.

Bagi merealisasikan hasrat itu, kementerian katanya bercadang memperluas penanaman jagung bijirin ini ke lokasi lain yang sesuai dengan tanaman tersebut seperti di Temerloh, Pahang dan Baling, Kedah.

“Jika model penanaman jagung Kemaman ini terbukti berjaya, kami akan memperluas ke kawasan sawah luar jelapang sedia ada di Malaysia yang kini dianggarkan seluas 164,000 hektar.

“Selain itu kementerian juga menyasarkan untuk mengguna pakai tanah terbiar yang dianggarkan seluas 120,000 hektar untuk tujuan sama,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Shaberytanaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung Musnahkan Tanaman Penduduk

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung Musnahkan Tanaman Penduduk

03/02/2023
0

GUA MUSANG: Lebih 100 penduduk di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis di sini hidup dalam ketakutan selepas seekor gajah liar...

Bekalan Tanaman Mencukupi Untuk Musim Tengkujuh

17/12/2018
0

JOHOR BAHRU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yakin bekalan sayuran dan tanaman lain di seluruh negara mencukupi sepanjang musim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd