• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SRS Pantau Keselamatan Pada Musim Perayaan

oleh Ahmad Albab
27/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang diwujudkan di setiap kawasan perumahan sekitar negeri ini dilihat memainkan peranan penting dalam usaha membantu pihak polis menjaga keamanan dan ketenteraman setempat terutama pada musim perayaan.

Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid berkata ini kerana aktiviti anggota SRS yang sering melakukan rondaan dan pemantauan tanpa mengira waktu itu secara tidak langsung mencegah aktiviti jenayah.

“Anggota SRS berkhidmat secara sukarela dan memantau kawasan perumahan penduduk secara berkala ketika ramai penghuni pulang ke kampung untuk menyambut perayaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Menteri Besar Pahang Bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Parlimen Indera Mahkota di sini, semalam.

Mustaffar Kamal berkata SRS yang ditubuhkan di bawah KRT, juga didapati berkesan untuk menjadi mata dan telinga kerajaan di peringkat akar umbi.

“Ahli SRS berperanan mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan di kawasan masing-masing dan maklumat yang diperoleh disalurkan kepada pemimpin setempat untuk diketengahkan.

“Ia juga merupakan ejen perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum di samping mampu merapatkan jurang antara generasi tua dan muda,” kata Mustaffar Kamal.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pahang Fairojibanu Zainal Abidin berkata setakat ini terdapat 513 KRT seluruh negeri dengan kebanyakannya mempunyai SRS yang bergerak aktif melaksanakan tugas menjaga ketenteraman.

“SRS boleh dianggap suatu program yang dilaksanakan secara sukarela daripada komuniti kepada komuniti. Jika terdapat SRS yang tidak aktif, kami tidak akan tutup tetapi sebaliknya satu program khusus akan diadakan bagi tujuan pemulihan dan motivasi agar ia bergerak (aktif) kembali,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sukarelawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Adele Sendawa Ketika Sedang Selfie Dengan Peminatnya

Next Post

Bakal Timang Anak Kedua, Fizz Fairuz Idam Bayi Lelaki

Related Posts

Kerajaan Pertimbang Cuti Khas Kepada Penjawat Awam Jadi Sukarelawan

28/12/2021
0

TEMERLOH : Kerajaan mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terlibat sebagai sukarelawan pascabanjir, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri...

Warga Emas Diperlukan Jadi Sukarelawan Vaksin Covid-19

11/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru warga emas berusia 60 tahun ke atas tampil sebagai sukarelawan bagi Kajian...

Next Post

Bakal Timang Anak Kedua, Fizz Fairuz Idam Bayi Lelaki

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd