• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Konsep Zakat Mampu Rapatkan Jurang Sosial

oleh Ahmad Albab
26/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Konsep zakat yang merupakan rukun Islam keempat‎ mampu menegakkan prinsip keadilan sosial supaya tidak berlaku jurang perbezaan yang terlalu besar antara golongan kaya dan miskin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata zakat yang diwajibkan terhadap umat Islam yang layak berzakat juga mampu membersihkan harta dengan membantu golongan yang memerlukan sekaligus dapat membentuk akhlak mulia dan mengukuhkan hubungan antara umat Islam di negara ini.

“Apabila kita lihat konsep dan tujuan zakat yang diwajibkan ini antaranya ialah untuk bentuk keperibadian yang mulia supaya kita tidak terbawa-bawa dengan sikap yang sombong, takbur dan terlalu sangat mengejar kebendaan sehingga lupa akan asas agama.

“Inilah asas agama kita, asas kesyukuran kita, asas hubungan dengan manusia dan inilah sebabnya pemberian dan sumbangan zakat itu sangat penting dalam masyarakat,” katanya.

Najib demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan zakat berjumlah RM1.72 juta kepada 6,264 golongan asnaf yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya (OKU), dan ibu tunggal di kawasan Parlimen Pekan di sini hari ini.

Hadir sama isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang turut membantu mengagihkan zakat kepada penerima.

Antara penyumbang zakat yang hadir ialah Pengerusi Bank Rakyat Jen (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal, Pengerusi Kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd SM Nasaruddin SM Nasimuddin, Pengerusi UDA Holdings Berhad Datuk Dr Shafie Abdullah.

Dalam majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan sebelum itu turut menerima sumbangan zakat lebih RM1.72 juta yang disampaikan lapan badan korporat dan dua ahli perniagaan.

Kesemua zakat berkenaan diterima daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad sebanyak RM600,000: Naza Holding Berhad (RM250,000) Uda Holdings Berhad (RM200,00); Roadcare (M) Sdn Bhd (RM200,000), Lembaga Tabung Haji (RM100,000).

Zakat turut disumbangkan oleh Affin Islamic Bank Berhad (RM75,000) SME Bank (RM50,000); Yayasan Basmi Kemiskinan (RM50,000) dan dua orang ahli perniagaan yang iaitu Datin Mariamah Mohamed (RM100,000) Datuk Abdul Rahman Sultan (RM100,000).

Najib turut merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang zakat yang terlibat kerana memilih untuk menyalurkan bantuan itu kepada golongan asnaf di Pekan yang diharap dapat meringankan bebanan golongan itu membuat persiapan Aidilfitri. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakZakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd