• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hubungan Istimewa Antara AS & UK Kekal

oleh Ahmad Albab
26/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PALO ALTO (California) – Presiden AS Barack Obama berkata hubungan istimewa antara Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK)kekal dan akan berterusan walaupun negara itu keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

“Satu perkara yang tidak akan berubah adalah hubungan istimewa yang wujud antara kedua-dua negara. Itu akan berterusan,” katanya dalam apa yang dikatakan sebagai reaksi pertamanya berhubung Brexit, susulan keputusan pungutan suara yang diadakan pada 23 Jun, menyaksikan rakyat Britain mengundi untuk keluar daripada blok ekonomi itu.

Beliau berkata undian itu menandakan kepada perubahan semasa dan cabaran daripada globalisasi.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada hari terakhir Sidang Kemuncak Keusahawanan Global 2016 selama tiga hari di sini.

Obama turut percaya bahawa UK komited kepada peralihan yang lancar dan EU akan masih kekal sebagai antara rakan AS yang amat diperlukan.

“Beberapa jam yang lalu, saya bercakap dengan Perdana Menteri David Cameron.

David telah menjadi sahabat yang baik dan rakan kongsi di peringkat global.

“Dan berdasarkan perbualan kami, saya yakin UK komited kepada peralihan yang lancar.

“Kami bersetuju pasukan ekonomi dan kewangan kami akan kekal dalam hubungan yang rapat kerana kami terus menumpukan kepada usaha memastikan kestabilan pertumbuhan ekonomi dan kewangan,” katanya.

Obama berkata beliau juga telah bercakap dengan Canselor Jerman Angela Merkel, yang mana kedua-dua pemimpin bersetuju AS dan sekutu Eropahnya akan bekerjasama rapat pada minggu dan bulan-bulan akan datang.

Obama sebelum ini dikritik apabila mengingatkan Britain bahawa ia akan berada ‘di belakang barisan’ bagi perjanjian perdagangan dengan AS jika mengundi untuk keluar daripada EU.

Beliau juga berkata Britain akan membantu memimpin EU yang kukuh. – BERNAMA

Tags: Amerika SyarikatBarack ObamaUnited Kingdom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

Empat Tentera AS Disahkan Maut Selepas Pesawat KC-135 Terhempas Dalam Operasi Perang Iran Di Iraq

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BAGHDAD – Sekurang-kurangnya empat anggota tentera Amerika Syarikat disahkan terbunuh selepas sebuah pesawat pengisian minyak udara KC-135 Stratotanker...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd