• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Demam Campak Di Pahang Meningkat

oleh Ahmad Albab
25/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang mengesahkan berlaku peningkatan kes demam campak di negeri ini, tahun ini ekoran tidak mendapat suntikan vaksin penyakit itu.

Pengarahnya Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata sehingga 24 Jun lalu, sebanyak 29 kes demam campak direkodkan berbanding hanya dua kes bagi tempoh masa sama pada 2015.

“Kes melibatkan pesakit berusia antara 3 bulan hingga 37 tahun dan 38 peratus daripada kes adalah mereka yang layak mendapat suntikan imunisasi tetapi didapati tidak mendapat suntikan vaksin campak,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dr Zainal Ariffin berkata, walaupun liputan imunisasi di Pahang mencapai sasaran yang ditetapkan, masih ada ibu bapa atau penjaga yang enggan membenarkan anak mereka diberi imuniasasi dan jumlah ini semakin meningkat.

“Berdasarkan laporan, pada 2014 terdapat 84 kes menolak imunisasi dan meningkat kepada 126 kes pada 2015 manakala sebanyak 88 kes direkodkan sehingga Mei tahun ini,” katanya.

Dr Zainal Ariffin menambah antara punca penolakan suntikan imunisasi adalah mempunyai keraguan terhadap kandungan vaksin, mengamalkan perubatan homeopati dan terpengaruh dengan pujukan keluarga atau rakan yang menolak amalan itu.

“Fenomena ibu bapa dan penjaga menolak suntikan imunisasi amat membimbangkan kerana ini boleh mendatangkan bahaya kepada anak-anak dan menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit berjangkit,” katanya.

Beliau menambah jabatan kesihatan negeri menyediakan perkhidmatan imunisasi sejak 1956 bagi mencegah penyakit dan komplikasinya, melindungi individu dan masyarakat, mengawal kejadian wabak, eliminasi penyakit tertentu dan membasmi penyakit.

Sehingga kini terdapat 89 klinik kesihatan, 239 klinik desa dan 11 hospital menawarkan perkhidmatan itu, tambahnya.

Bagi memastikan lebih ramai mengetahui kebaikan suntikan imunisasi, Dr Zainal Ariffin berkata jabatan itu akan mendidik masyarakat dan mempromosi kesihatan termasuk menerusi saluran media sosial. – BERNAMA

Tags: demamVaksin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Dr Mahathir ‘Demam’ Tengok Saya Angkat Sumpah PM 20 November Ini – Anwar

Dr Mahathir ‘Demam’ Tengok Saya Angkat Sumpah PM 20 November Ini – Anwar

07/11/2022
0

BUTTERWORTH : Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis, bergurau bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah orang pertama yang akan 'demam',...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd