• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MT UMNO Pecat Muhyiddin, Mukhriz, Shafie Digantung

oleh
26/06/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Tertinggi UMNO pada mesyuarat hari ini membuat keputusan sebulat suara memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO pada sidang media selepas mesyuarat itu menegaskan, pemecatan kedua-dua individu tersebut dibuat kerana didapati melanggar disiplin parti berkenaan.

Manakala itu ujar beliau lagi, keahlian Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal hanya digantung buat sementara waktu sehingga Jawatankuasa Disiplin UMNO menyiapkan laporan mengenai kes pemimpin tesebut.

Najib selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tersebut di ibu pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini menyatakan bahawa kesalahan dilakukan oleh Muhyiddin dan Mukhriz adalah berat.

Kata beliau, pemecatan tersebut dibuat berikutan kedua-duanya secara terang melanggar disiplin lebih-lebih lagi apabila mereka didapati berada di atas pentas bersama-sama dengan ramai pemimpin ternama pembangkang.

Bekas Timbalan Perdana Menteri serta mantan pemimpin Kedah itu juga membuat beberapa ucapan bersama-sama dengan pihak pembangkang, malah menyerang kepimpinan parti dan kerajaan Barisan Nasional secara terbuka.

MT UMNO Pecat Muhyiddin, Mukhriz, Shafie Digantung

“Itu adalah kesalahan yang besar dari segi disiplin parti. Oleh itu, berdasarkan kepada kelakuan ini maka Majlis Tertinggi UMNO secara sebulat suara mengambil keputusan untuk memecat dua pemimpin tersebut,” katanya.

Najib bagaimanapun menambah: “Untuk Datuk Seri Shafie, Majlis Tertinggi UMNO mengambil keputusan untuk menggantung keahliannya sehingga laporan yang lengkap diterima daripada pihak Jawatankuasa Disiplin.”

Dalam masa yang sama, beliau memberitahu bahawa Majlis Tertinggi UMNO telah meminta pihak kerajaan untuk memutuskan segala sumbangan diberikan kepada pihak Yayasan Kepimpinan Perdana berkuat kuasa serta-merta.

Ini termasuk menyekat sama ada dari segi peruntukan kewangan, penyelenggaraan ataupun kakitangan dibekalkan kepada pihak yayasan tersebut yang kini dieksploitasi Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan pihak pembangkang.

“Ini kerana yayasan tersebut digunakan sebagai pusat untuk merancang menjatuhkan secara tidak demoktratik kerajaan yang ada dan mereka menggunakan cara yang tidak sah di sisi undang-undang,” tegas Najib lagi.

Sidang media itu juga dihadiri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Timbalan Presiden; Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Turut serta ialah Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Bendahari UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. - Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mukhriz MahathirShafie Apdal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd