• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

David Cameron Bakal Rasai Tekanan Letak Jawatan PM

oleh AK-47
26/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPUTUSAN Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) bukanlah satu pengakhiran kepada ‘kemelut’ politik dan sosioekonomi di negara ke-5 terkaya dunia itu, tetapi bakal menjadi sebuah perjalanan yang panjang dan penuh berliku.

Sejurus selepas keputusan referendum Brexit diumumkan, para penganalisis menjangkakan bahawa Perdana Menterinya David Cameron akan menghadapi tekanan hebat supaya meletakkan jawatan dengan kadar segera atau sekurang-kurangnya menyediakan satu tempoh jangkamasa untuk berundur diri selepas UK mengundi untuk keluar daripada EU.

Dari sudut ekonomi, dijangka nilai matawang Pound Sterling serta kadar pelaburan saham akan mengalami penurunan mendadak, mengakibatkan institusi perbankan kebangsaan Britain, Bank of England untuk melonjakkan kadar faedahnya.

Cameron telah menyatakan sebelum ini bahawa jika undi ‘Keluar’ memungut jumlah majoriti, pihak kerajaan akan serta-merta mulakan proses Brexit yang rumit dan memakan masa yang panjang itu.

“Tiada peluang untuk berpatah balik jika Britain tinggalkan EU,” tulis Cameron dalam sebuah artikel siaran akhbar Sunday Telegraph, Ahad lalu.

“Kita akan keluar daripada EU jika kita memilih untuk berbuat demikian– beserta segala akibat yang bakal ditanggung semua rakyat Britain.”

Dijangkakan ianya akan mengambil Britain dua tahun untuk keluar daripada EU secara rasmi.

Selama dua tahun tempoh perbincangan itu, undang-undang EU masih sah dan wajib untuk dipatuhi oleh warga UK. - MYNEWSHUB.CC

Tags: brexitDavid Cameron
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Britain Dapat Kelulusan Keluar EU

30/01/2020
0

BRUSSELS - Parlimen Eropah memberi kelulusan kepada Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU), sekali gus membuka jalan bagi negara itu...

Britain Ratifikasi Perjanjian Brexit

23/01/2020
0

LONDON - Selepas beberapa tahun tertangguh, wakil rakyat Britain semalam akhirnya meluluskan syarat pemisahan bersejarah negara itu dengan Kesatuan Eropah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd