• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasrat Kembar Miliki Payu Dara Sama Tidak Tercapai

oleh Ahmad Albab
24/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sepasang kembar yang terlalu obses untuk memiliki bentuk badan yang serupa, telah mengalami kekecewaan selepas dimaklumkan bahawa mereka tidak boleh melakukan pembedahan bagi menjadikan payu dara mereka kelihatan sama.

Anna dan Lucy DeCinque, 30, dari Perth, Australia, berkongsi segala-galanya termasuk teman lelaki dan lebih dahsyat mereka makan makanan dengan saiz hidangan yang sama agar berat badan mereka selari.

Bagaimanapun tidak semua benda boleh kelihatan sama apabila doktor pembedahan plastik di Amerika Syarikat, Paul Nassif dan Terry Dubrow memberitahu pembedahan payu dara itu tidak boleh dilakukan kerana mereka bukan kembar seiras.

Justeru jika pembedahan itu dilakukan, ia akan menjadikan perbezaan payu dara mereka semakin ketara.

Pasangan kembar terbabit sebelum ini telah membelanjakan hampir £130,000 untuk pembedahan plastik di bahagian mulut, kening palsu dan bulu mata hanya kerana mahu kelihatan sama.

Minggu lepas, Anna dan Lucy telah dinobatkan sebagai `kembar paling menjengkelkan di dunia’.

Mereka juga bercadang untuk menerbitkan kalendar bikini dan berkongsi cerita mengenai kehidupan mereka yang mempunyai kekasih yang sama, semata-mata kerana mahu memiliki anak yang seiras.

“Kami sentiasa bersama….saya rasa seperti tidak wujud jika adik saya tiada bersama. Anda boleh katakan apa sahaja tetapi inilah cara hidup yang kami pilih,’’ kata Anna.

Tags: kembarpayu dara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adalah Munasabah Najib Tidak Tahu Sumber Dana Dalam Akaun’ – Peguam Bela

Dua Beradik Kembar Maut Nahas Dua Kenderaan

11/10/2023
0

PASIR SALAK: Dua beradik kembar maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kampung Changkat Rambai, Jalan Kampung Gajah-Tanjung Tualang...

Putin Guna ‘Kembar’ Untuk Tujuan Keselamatan

04/04/2022
0

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin dikatakan menggunakan khidmat penyamar yang mempunyai rupa paras seperti dirinya bagi tujuan keselamatan, lapor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd