• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Nafi Insiden Kereta Uber Diserang 50 Pemandu Teksi

oleh Ahmad Albab
23/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menyangkal dakwaan kononnya lebih 50 pemandu teksi menyerang seorang pemandu Uber di KL Sentral di sini seperti yang tersebar dalam laman media sosial sejak dua hari lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata kekecohan tersebut hanya melibatkan seorang pemandu teksi dan suspek berusia 44 tahun itu ditahan di Taman Selayang Utama, Baru Caves, 11.15 malam tadi.

Dalam insiden tengah hari Isnin lepas, katanya suspek dikatakan menendang kereta Uber, sebelum menarik keluar seorang pelancong dan bertelagah dengan pemandu kereta berkenaan.

“Bagaimanapun, pemandu Uber tersebut tidak tampil membuat laporan mengenai insiden itu. Justeru, kami memohon supaya beliau tampil berbuat demikian,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau juga menafikan bahawa cermin kereta Uber itu dipecahkan dan pelancong luar negara itu cedera selepas ditarik keluar oleh kumpulan pemandu teksi berkenaan.

Katanya wanita warga Iran berusia 43 tahun, yang didakwa sebagai pelancong, sebenarnya merupakan pelajar di sebuah universiti tempatan di Skudai, Johor.

“Beliau tiba di KL Sentral bersama anak lelakinya, dan kecederaan di ibu jarinya adalah kerana terkena beg bagasi semasa beg itu dikeluarkan suspek,” katanya.

Amar Singh berkata kes disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

Justeru, beliau menasihatkan pihak terlibat agar tidak bertindak sendiri sehingga melanggar sebarang undang-undang.

Katanya pihak berkaitan boleh mengemukakan sebarang aduan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). – BERNAMA

Tags: Uber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Grab Jadi Bukti PH Memang Fitnah Rosmah

15/10/2018
0

SINDIR... Pengumuman Kementerian Kewangan untuk ganti bas pengantara stesen MRT dan LRT dengan khidmat Grab bukti selama ini Pakatan Harapan...

Pemandu Teksi Sepanyol Desak Kerajaan Sekat Uber

30/07/2018
0

PEMANDU teksi seluruh Sepanyol mengadakan protes besar-besaran menuntut syarikat kereta penumpang seperti Uber dihadkan jumlahnya. Pemandu teksi yang sesetengahnya sudah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd