• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Mega Terowong: Kerajaan P.Pinang Sorok Sesuatu

oleh Ahmad Albab
23/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Gerakan Pulau Pinang hari ini membidas kerajaan pimpinan DAP negeri kerana masih enggan menjelaskan kenyataan bercanggah mengenai kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan terowong dasar laut.

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Negeri, Jason Loo berkata keengganan kerajaan negeri khususnya Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang, Lim Hock Seng, jelas menunjukkan mereka menyembunyikan sesuatu mengenai projek mega itu.

Menurutnya, dalam laman sesawang rakan kongsi Consortium Zenith BUCG Sdn. Bhd., iaitu China Railway Construction Corporation Limited (CRCC), telah melaporkan pada 2013 bahawa nilai kajian kebolehlaksanaan termasuk reka bentuk terperinci dan kajian impak alam sekitar untuk projek terowong dasar laut dan tiga jalan-jalan utama hanya bernilai AS$22 juta (RM90 juta).

“Kerajaan negeri pernah mengumumkan bahawa keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut dan tiga jalan-jalan utama adalah RM305 juta. Jadi saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri di manakah selebih RM215 juta?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Consortium Zenith dianugerahkan projek itu menerusi proses tender pada tahun 2013, bersama syarikat usahasama antara Zenith Construction Sdn. Bhd., CRCC, Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn. Bhd., dan Juteras Sdn. Bhd.

Projek itu akan menghubungkan Jalan Pangkor di bahagian pulau ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga pakej lebuh raya itu ialah Jalan Pesisir Pantai Utara (menghubungkan Tanjong Bungah dan Teluk Bahang), Lebuh Raya Pintasan Ayer Itam-Tun Dr. Lim Chong Eu dan Lebuh Raya Pintasan Persiaran Gurney-Tun Dr. Lim Chong Eu itu bernilai bernilai RM6.3 bilion.

Loo berkata hasil pembongkaran mengenai projek mega itu menyebabkan Lim enggan berjumpa atau berdebat dengan beliau dan sebaliknya memilih seorang yang bukan kelahiran Pulau Pinang untuk berdebat di sini.

“Bukankah ini satu kelemahan Lim dan kerajaan negeri yang sanggup memilih Datuk Liang Teck Meng yang bukan kelahiran Pulau Pinang untuk berdebat.

“Saya berasa sangat kecewa kerana sebagai kerajaan negeri yang berprinsipkan Cekap, Amanah dan Telus (CAT) memilih untuk bersembunyi dan membisu untuk menutup skandal ini,” katanya.

Selasa lepas, Lim mengumumkan bahawa beliau sedia menerima cabaran Setiausaha Agung Gerakan untuk berdebat mengenai projek terowong dasar laut.

Sementara itu, Lim ketika ditemui pada majlis berasingan berkata beliau tidak akan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan tentang projek itu kerana perbahasan terbuka dengan Liang sedang dirancang.

“Saya akan menjawab segala persoalan mengenai projek ini dalam sesi perbahasan bersama Liang yang dijadual Selasa ini,” katanya.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Wong Hon Wai yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan sesi perbahasan terbuka itu, berkata Liang telah bersetuju untuk perbahasan terbuka itu diadakan pada 28 Jun di Kompleks Masyarakat Penyayang di sini.

“Saya telah dihubungi oleh wakil Liang yang bersetuju dengan perbahasan itu dikendali dalam Bahasa Melayu namun kami masih menunggu pengesahan daripada Liang mengenai peraturan dan calon-calon moderator,” katanya.

Pada 11 Jun lepas, Lim tidak hadir sesi perbahasan yang dianjurkan oleh Loo di premis Persatuan Loh, selepas mendakwa semua soalan yang dikemukakan telah dijawab dan oleh itu tidak perlu untuk berdebat. – BERNAMA

Tags: terowong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Maut Dalam Kemalangan, Kebakaran Dalam Terowong Di Korea Selatan

6 Maut Dalam Kemalangan, Kebakaran Dalam Terowong Di Korea Selatan

29/12/2022
0

SEOUL: Sekurang-kurangnya enam mangsa terbunuh selepas sebuah bas dan trak terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan kebakaran di sebuah terowong lebuh...

Jutawan Bina Terowong Kerana Takut Pyongyang

05/06/2018
0

MARYLAND - Seorang jutawan Amerika Syarikat (AS) bakal dihadapkan di mahkamah Jumaat ini atas dakwaan membunuh seorang lelaki yang diupah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd