• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Kedah Tak Mahu MB Wad ICU – Mahfuz

oleh Ahmad Albab
23/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemimpin PAS tetapi pro-Pakatan Harapan, Datuk Mahfuz Omar bersikap kurang ajar apabila mendakwa rakyat Kedah telah lama hidup terseksa dalam `wad unit rawatan rapi (ICU) UMNO’ berbanding Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang kini dirawat di ICU hospital kerajaan sejak 6 Jun lalu.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa seluruh rakyat Kedah mahu pihak hospital segera mengumumkan berapa lama lagi Ahmad Bashah perlu tinggal di ICU hospital supaya jawatannya boleh dipangku orang lain.

Mahfuz mendakwa, rakyat Kedah mahukan kerajaan negeri yang berjalan dengan baik dengan dipimpin oleh seorang Menteri Besar dari Wisma Darul Aman, bukan dari wad ICU hospital.

“Seluruh rakyat Kedah mengharapkan penjelasan pihak hospital tentang keadaan terkini kesihatan dan keupayaan fizikal Bashah.

“Berapa lama lagi Bashah perlu tinggal di hospital dan berapa lama kerajaan Kedah akan ditadbir dari wad ICU hospital. Negeri dan rakyat perlu didahulukan,” katanya dalam satu kenyataan yang amat tidak berperikemanusiaan hari ini.

Media semalam melaporkan Menteri Besar Kedah yang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak 17 hari lalu buat kali pertama tampil di hadapan media dengan bentuk fizikal yang lebih kurus.

Sejak menjalani pembedahan akibat komplikasi usus di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP pada 6 Jun lalu, difahamkan Ahmad Bashah kehilangan berat badan sebanyak 10 kilogram iaitu 72 kilogram berbanding 82 kilogram sebelum ini.

Beliau yang kelihatan bersemangat untuk kembali bertugas telah mempengerusi mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah yang diadakan di bilik khas ICU HPP yang bermula pukul 11 pagi sekali gus mengulangi sejarah bekas Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain Barakbah yang juga pernah berbuat demikian.

Ahli Dewan Undangan Nege­ri (ADUN) Bakar Bata itu yang memakai sut hitam dan bertali leher merah juga kelihatan ceria serta membenarkan jurugambar merakam foto sebelum mesyua­rat berlangsung. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mahfuz Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahfuz Sindir PAS Pernah Bersama DAP, Tapi Tiada Label ‘Syaitan’ 

Mahfuz Sindir PAS Pernah Bersama DAP, Tapi Tiada Label ‘Syaitan’ 

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – PAS pernah bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, tapi ketika itu tidak kedengaran label 'syaitan'...

Sanusi Mohon Maaf Kepada Mahfuz

Sanusi Mohon Maaf Kepada Mahfuz

19/05/2023
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuat permohonan maaf kepada Naib Presiden Parti Amanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd