• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IKEA Minta Pelanggan Pulangkan Semula Produk Patrull

oleh Ahmad Albab
23/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – IKEA Malaysia meminta orang ramai yang membeli pintu pagar keselamatan Patrull, Patrull Klamma dan Patrull Fast dari gedung pasar raya syarikat itu supaya memulangkan semula produk berkenaan kerana didapati tidak menjamin keselamatan kanak-kanak.

IKEA Malaysia dalam satu kenyataan media berkata, syarikat perabot itu menerima laporan daripada pelanggannya bahawa pintu pagar keselamatan Patrull yang dipasang pada tangga itu boleh terbuka secara tiba-tiba dan menyebabkan kanak-kanak terjatuh.

“IKEA Malaysia meminta semua pelanggan yang memiliki pintu pagar keselamatan Patrull agar tidak menggunakannya dan kembalikannya ke mana-mana gedung IKEA untuk mendapatkan bayaran balik sepenuhnya.

“Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan untuk mendapatkan bayaran balik sepenuhnya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Perhubungan Pelanggan di 03-7952 7575,” kata kenyataan itu hari ini.

IKEA Malaysia berkata, meskipun produk itu lulus ujian dan disahkan mengikut piawaian tetapi siasatan pihak ketiga menunjukkan mekanisma mengunci pada pintu pagar tersebut tidak kukuh lantas mendedahkan risiko kepada kanak-kanak kecil.

Menurut IKEA Malaysia, langkah memanggil balik semua produk itu kerana pintu pagar keselamatan terbabit dijual di semua pasaran IKEA termasuk di Malaysia dan syarikat itu tidak mahu mengambil risiko ke atas keselamatan kanak-kanak.

“Kami mengamalkan toleransi sifar berhubung keselamatan kanak-kanak. Kami ingin tawarkan produk yang selamat lagi menyihatkan dan pada kami kanak-kanak adalah orang yang paling penting di dunia.

“Kami akan bertindak bila mana kemungkinan terdapatnya tanda-tanda tentang isu keselamatan berkaitan mana-mana produk kami,” kata Pemangku Pengurus Perniagaan Kawasan Kanak-kanak IKEA, Maria Thörn dalam kenyataan sama. – MYNEWSHUB.CC

Tags: IKEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

Peminat JDT Bakal Menikmati Bebola Daging IKEA Di Stadium

05/10/2023
0

ISKANDAR PUTERI – Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melebarkan empayarnya dengan menjalinkan kerjasama dengan IKEA Tebrau dan pusat beli-belah...

Harga Produk Ikea Meningkat 9 Peratus Tahun Ini

01/01/2022
0

AMSTERDAM – Syarikat gedung perabot terkemuka, Ikea, menaikkan harga jualan produknya sebanyak sembilan peratus bagi tahun ini yang melibatkan semua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd