• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Datuk Vida Cadang Bida Plat VIP 1, VIP 6 Untuk Bugatti Anak

oleh AK-47
23/06/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

WOW, beruntungnya jadi anak Datuk Seri Vida!

Masakan tidak, beliau sendiri mendedahkan bahawa dirinya berminat untuk membeli nombor plat baharu yang dikeluarkan negeri Pahang iaitu VIP 1 dan VIP 6 untuk kereta sport mewah, Bugatti Veyron yang menjadi impian anak lelakinya yang berusia sembilan tahun.

Memetik Malay Mail Online, Datuk Vida atau nama penuhnya, Datuk Seri Hasmiza Othman berkata anaknya, Muhammad Eric Zaquan meminati kereta lumba mewah itu.

Datuk Vida Cadang Bida Plat VIP 1, VIP 6 Untuk Bugatti Anak
Bugatti Veyron

Berkelajuan maksimum 407 km/j dengan harga mencecah AS$3.6 juta (RM14.5 juta), kenderaan mewah itu hanya terdapat 150 unit sahaja di seluruh dunia.

“Muhammad Eric melakukan carian sendiri di komputer terhadap kenderaan tersebut sebelum menyuarakan impiannya itu kepada saya mengenai kereta sport berkenaan.

“Jadi saya melihat nombor pendaftaran VIP ini unik dan bersesuaian sekiranya dapat diletakkan pada Bugatti Veyron yang diminati anak saya,” katanya.

Datuk Vida Cadang Bida Plat VIP 1, VIP 6 Untuk Bugatti Anak
GAMBAR HIASAN

Sementara itu ketika ditanya berkenaan bidaan nombor plat F1, Datuk Vida berkata nombor pendaftaran itu hampir pasti menjadi miliknya.

“Cukup saya katakan peluang (dapat) tinggi,” katanya.

Nombor pendaftaran kenderaan khas VIP 1 hingga VIP 9999 bakal diperkenalkan oleh Kerajaan Pahang bagi mengumpul dana promosi dan penganjuran Tahun Melawat Pahang 2017 yang telah diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: datuk vidakereta mewah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Kereta Antara 727 Barang Milik Datuk Vida Berjaya Dilelong RM1 Juta

Tiga Kereta Antara 727 Barang Milik Datuk Vida Berjaya Dilelong RM1 Juta

30/10/2025
0

IPOH: Sebanyak 727 harta yang disita milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berjaya...

Acara Lelong Harta Datuk Vida Esok Ditangguhkan – Peguam

Acara Lelong Harta Datuk Vida Esok Ditangguhkan – Peguam

08/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Acara lelong harta milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida, yang sepatutnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd