• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen K.Kangsar: Mastura Mulakan Tugasan Pertama

oleh Ahmad Albab
24/06/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Datin Mastura Mohd. Yazid yang menang pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Kuala Kangsar baru-baru ini, berjanji akan memastikan kehendak penduduk Kuala Kangsar yang terdahulu, dapat diteruskan dan diselesaikan segera.

Mastura yang masih dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari berkata: “(Sebagai wakil rakyat yang baharu) Saya perlu berkerja keras kerana saya tidak ada masa banyak untuk selesaikan pelbagai perkara,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Kangsar di sini hari ini.

Mastura, 55, yang merupakan balu Anggota Parlimen sebelum ini, Datuk Wan Mohammad Khair-il Annuar Wan Ahmad berkata, terdapat pelbagai agenda yang telah dirancang.

“Antaranya melawat tapak bagi pembinaan pusat latihan Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) sebagaimana dijanjikan arwah Wan Mohammad Khair-il (bekas Pengerusi MPOB) sebelum ini,” katanya.

Menyentuh tentang status dirinya yang masih dalam edah, Mastura berkata beliau telah mendapatkan pandangan dan panduan daripada Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria dalam menjalankan tugas.

“Menurut mufti, sekiranya saya perlu berkhidmat atau yang memerlukan saya ke arah usaha itu maka saya dibenarkan untuk keluar, tetapi ada perkara seperti meraikan kemenangan, itu tidak dibenarkan.

“Perkara yang memerlukan saya ke pejabat dan melihat semula semua perkara yang hendak diusahakan seperti janji-janji saya kepada rakyat ia perlu ditepati,” katanya.

Mengenai lawatannya ke Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Kangsar Mastura berkata beliau sangat terharu kerana berada di pejabat arwah suaminya.

“Inilah bilik Allahyarham dan ia kini menjadi satu tanggungjawab amat besar bagi diri saya untuk mengorak satu perjalanan memberikan khidmat bakti untuk orang Kuala Kangsar,” katanya.

Dalam PRK Kuala Kangsar 18 Jun lalu, Mastura menang dengan mengetepikan empat calon lain setelah memperoleh majoriti 6,969 undi. PRK itu diadakan berikutan kematian suaminya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: Datin Mastura Mohd Yazid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagu ‘Demi Cinta’ Untuk Penduduk Kuala Kangsar

07/05/2018
0

KUALA KANGSAR - “Ayuh bangun, bersatu nawaitu, demi Kuale ku, mari berjuang panjatkan doa, Kuale kita punya,” demikian antara rangkap...

‘Demi Cinta’ Dekat Mastura Dengan Penduduk K.Kangsar

06/05/2018
0

KUALA KANGSAR - “Apa khabar, bagaimana keadaan,” itu sapaan mesra calon Barisan Nasional (BN) yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd