• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Honda Malaysia Panggil Balik 147,894 Kenderaan

oleh Ahmad Albab
23/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu meneruskan langkah proaktifnya bagi memastikan keselamatan pelanggan, dengan memanggil balik 147,894 unit kenderaan Honda bagi menggantikan inflator beg udara bahagian penumpang hadapan.

“Kerja-kerja penggantian akan dijalankan sebaik alat ganti tersedia. Alat ganti dan caj buruh yang berkaitan dengan panggilan balik ini akan ditanggung oleh Honda Malaysia,” kata Honda Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata model-model keneraan yang terlibat terdiri daripada Accord, yang dikeluarkan antara 2003-2011, City (2009-2011), Civic (2007-2011), CR-V (2008-2011), Freed (2009-2011), Insight (2011), Jazz (2009-2011) dan Odyssey (2004-2008).

Daripada jumlah kenderaan yang terlibat, Accord membabitkan sebanyak 46,832 unit, City 52,345, Civic 23,701, CR-V 15,938, Freed 2,582, Insight 5,053, Jazz 899 dan Odyssey 544.

Honda Malaysia memberi jaminan kepada pelanggan bahawa keselamatan merupakan keutamaan syarikat, dan kesal atas kesulitan yang timbul.

Namun, katanya semua model yang kini dijual tidak terlibat.

Pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat makluman, termasuk butiran mengenai panggilan balik itu.

Mereka yang menerima makluman itu dinasihatkan membawa surat tersebut dan kenderaan masing-masing ke penjual Honda sah terdekat untuk pemeriksaan.

Pemilik Honda juga boleh menyemak status panggilan balik kenderaan masing-masing menerusi talian bebas toll Honda di 1-800-88-2020 atau log masuk ke www.honda.com.my, atau kunjungi mana-mana peniaga Honda yang sah. – BERNAMA

Tags: Honda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

Treler Bawa Kereta Honda Baharu Terbakar

06/09/2022
0

REMBAU: Empat buah kenderaan baharu jenis Honda musnah dalam kebakaran sebuah treler yang membawa muatan kenderaan berkenaan di Kilometer 227.2...

Honda City Hatchback Dilancar, Harga Bermula RM75,670

07/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia hari ini melancarkan model City Hatchback ke pasaran Malaysia yang ditawarkan pada harga bermula RM75,670. Model...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd