• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Ringan Terhempas Di Cameron Highlands

oleh Ahmad Albab
22/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran sebuah tokong di Tringkap, di sini, petang Rabu.

Juruterbang pesawat jenis G-164A9 itu, warga Australia Peter Hardy, 56 tahun, hanya mengalami kecederaan ringan akibat impak pendaratan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands, Muhd Haziq Hazmi berkata saksi kejadian melaporkan terlihat pesawat berlegar di udara dan berpusing dua kali sebelum terhempas di cerun bukit.

“Kami menerima panggilan mengenai insiden berkenaan sekitar 1.35 petang dan apabila kami tiba di sana, mangsa telah pun dikeluarkan.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan serius, hanya calar di lengan kiri dan bahagian badan dan kami telah melaksanakan pemeriksaan awalan untuk melihat sama ada terdapat letupan di pesawat berkenaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada petang Rabu.

Haziq berkata bomba dan polis masih lagi berada di kawasan pesawat berkenaan terhempas.

“Kami juga mendapat maklumat bahawa sebenarnya pesawat ringan dari Subang ini digunakan untuk menabur baja di ladang teh Sungai Palas,” katanya lagi.

Tambahnya, mangsa akan dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata di sini untuk rawatan lanjut. – astroawani.com

Tags: Cameron HighlandsNahas Pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd