• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Difteria: Lebih 40 Orang Diperiksa

oleh Ahmad Albab
22/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Lebih 40 orang yang mengenali seorang murid yang meninggal dunia akibat penyakit difteria di sini pada 18 Jun lepas, telah diperiksa bagi mengesan penyakit berbahaya itu, kata Pengarah Kesihatan Melaka, Datuk Dr. Ghazali Othman.

Beliau berkata hasil pemeriksaan itu, dua beradik murid itu disahkan positif difteria manakala yang lainnya negatif.

“Adik beradik itu telah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan selanjutnya.

“Mereka berada dalam keadaan baik dan tiada komplikasi akibat penyakit itu.

“Selain anggota keluarga murid, kita juga melakukan pemeriksaan dalam kalangan rakannya dan melakukan pemeriksaan di sekolahnya,” kata beliau kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di sini, Rabu.

Murid berusia tujuh tahun itu, yang berasal dari Ujong Pasir di sini, meninggal dunia di Hospital Melaka akibat difteria.

Dr. Ghazali berkata siasatan awal mendapati murid itu dipercayai dijangkiti difteria pada 10 Jun lepas, sebelum dibawa ke Hospital Melaka pada 17 Jun bagi mendapatkan rawatan.

“Murid itu didapati mengalami komplikasi penyakit itu semasa dibawa ke Hospital Melaka,” katanya.

Beliau berkata difteria merupakan sejenis penyakit mudah berjangkit, dan bakteria penyebab penyakit itu mudah membiak di kawasan persekitaran yang kotor.

Penyakit itu boleh dicegah dengan mengambil suntikan imunisasi yang disediakan Kementerian Kesihatan dengan lima suntikan vaksin itu diberi pada usia dua, tiga, lima dan 18 bulan sebelum suntikan terakhir ketika berumur 15 tahun.

“Pada masa ini, kita hadapi kelompok yang menolak vaksinisasi…menolak program imunisasi. Apabila ada yang dijangkiti penyakit kerana tidak mengambil imunisasi, kekebalan komuniti terhadap penyakit itu akan terjejas.

“Oleh itu, saya ingin menegaskan bahawa program imunisasi Kementerian Kesihatan adalah selamat untuk jangka masa panjang atau pendek malah dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: DifteriaVirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arnab ‘Bertanduk’ Di Colorado Akibat Virus

Arnab ‘Bertanduk’ Di Colorado Akibat Virus

15/08/2025
0

COLORADO: Penduduk di Fort Collins dan beberapa kawasan lain di Colorado dilaporkan melihat arnab liar dengan ketumbuhan berbentuk seperti 'tanduk'...

Virus Cacar Monyet: Pintu Masuk Negara Tidak Ditutup

28/05/2022
0

MELAKA: Kerajaan memutuskan untuk tidak menutup mana-mana pintu masuk utama negara meskipun virus cacar monyet (monkeypox) merekodkan lebih 100 kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd