• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPAM Kelantan Akan Lancar ‘Ops Bantu’ Menjelang Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
22/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kelantan akan melaksanakan ‘Ops Bantu’ sempena perayaan Hari Raya Aidifitri bulan depan.

Pengarah JPAM Kelantan, Lt Kol (PA) Zainuddin Hussin berkata ‘Ops Bantu’ itu berkonsepkan rondaan dan rawat oleh anggota JPAM pada musim perayaan bagi memberikan bantuan awal kepada mangsa kemalangan, mengawal kesesakan lalu lintas dan membantu membaiki kenderaan yang mengalami kerosakan kecil.

Beliau berkata pihaknya kini sudah bersedia untuk membantu orang awam terutama perantau yang pulang ke negeri ini untuk menyambut hari raya di kampung halaman mereka.

“Kami akan memberikan perkhidmatan kepada pengguna jalan raya sekiranya mereka menghadapi kemalangan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Zainuddin berkata pihaknya akan memberi tumpuan kepada jalan utama di negeri ini kerana dijangkakan bilangan kenderaan akan bertambah.

Beliau berkata 250 anggota JPAM Kelantan akan terlibat dalam operasi berkenaan dan bilangan anggota itu akan ditambah mengikut keperluan semasa. – BERNAMA

Tags: AidilfitriJPAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd