• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adira Akur Dan Reda Raya Pertama Tanpa Suami

oleh AK-47
22/06/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAMBUTAN hari raya tahun ini merupakan yang pertama bagi penyanyi Adira setelah bergelar seorang isteri.

Namun kerana statusnya sebagai isteri kedua, dia akur dan reda bahawa suaminya akan menyambut hari pertama lebaran itu bersama isteri pertama dahulu.

Adira

“Sebagai isteri kedua saya memahami situasi suami. Ia bukan masalah besar buat saya kerana masih dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Ranau, Sabah.

“Walaupun ini tahun pertama kami beraya sebagai pasangan suami isteri, saya reda dan akur.

“Tambahan pula beberapa hari selepas itu suami akan pulang ke Sabah dan meraikannya dengan saya dan keluarga pula,” katanya.

Adira
Adira dan suami, Datuk Seri Adnan Abu.

Menurut sebuah portal, pelantun lagu Ombak Rindu itu mengaku dirinya tidak pandai memasak, namun teruja dapat melaksanakan tugas sebagai isteri dengan menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk suami.

“Walaupun tidak pandai memasak, saya tetap mencuba. Sekurang-kurangnya suami dapat merasa air tangan saya. Sedap atau tidak itu belakang kira.

“Buat masa sekarang saya masih dalam proses belajar memasak.

“Sedikit pun saya tidak berasa malu mengakui perkara ini. Malah ia bukan alasan untuk saya tidak ke dapur,” jelasnya.

Adira atau Siti Adira Bt. Suhaimi berkahwin dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla Thailand, Disember tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Hari Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ketupat Palas Laris Di Hari Raya

21/08/2018
0

ALOR SETAR - Menjadi tradisi masyarakat di negeri ini menghidangkan ketupat daun palas sebagai antara juadah utama setiap kali hari...

6 Amalan Sunat Bulan Syawal Mudah Anda Lakukan

15/06/2018
0

HARI Raya Aidilfitri menandakan hari kemenangan buat umat Islam di seluruh dunia setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Ia akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd