• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salleh Cabar Tun M Jadi Pemimpin Pembangkang

oleh Ahmad Albab
22/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak mencabar Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menentang Barisan Nasional (BN) secara terbuka sebagai ahli politik pembangkang dan bukannya berselindung di sebalik gerakan bukan politik atau bukan kepartian.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata mengambil kedudukan rasmi dalam kepimpinan pembangkang adalah suatu tindakan betul dari segi moral untuk bekas perdana menteri itu lakukan kerana beliau sudah pun memainkan peranan itu secara de facto.

Dalam catatan di dalam blognya, sskeruak.blogspot.my, beliau berkata sejak bulan lepas BN telah mencapai kemenangan besar di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak dan dua Pilihan Raya Kecil Kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ini kata beliau tercapai walaupun dalam pertengahan penggal pemerintahan kerajaan dan kempen memburuk-burukkan perdana menteri di peringkat global.

“Adalah jelas pihak pembangkang kini berada dalam kedudukan kucar-kacir dan tidak mampu menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat Malaysia dengan menawarkan kerajaan alternatif yang boleh berfungsi. Pembangkang nampaknya memerlukan bantuan,” katanya.

“Berdasarkan kesukaran dihadapi pembangkang, Dr. Mahathir sepatutnya mengepalai pembangkang dalam pilihan raya akan datang. Tambahan pula, pembangkang perlu menunjukkan keikhlasan mereka untuk menngalu-alukan Dr. Mahathir ke dalam pembangkang dengan mengeluarkan jemputan terbuka untuk beliau menjadi anggota dan pemimpin mereka,” katanya.

Salleh berkata adalah jelas Dr. Mahathir tidak mahu bersara daripada politik dan masih mahu terlibat di dalam kancah politik.

“Dr. Mahathir patut sanggup melibatkan dirinya secara sepenuh masa dengan secara rasmi menjadi anggota salah satu perti pembangkang dan menjadi pemimpin parti itu.

Ini akan menunjukkan keikhlasan Dr. Mahathir di dalam perjuangan politiknya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd