• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panglima Tentera Darat Bakal Jadi Panglima ATM

oleh Ahmad Albab
21/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera yang baharu menggantikan Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkuat kuasa 16 Dis 2016.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengumumkan pelantikan itu berkata keputusan berkenaan dicapai melalui Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-54 yang bersidang pada 23 Mei 2016 lalu dan telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hishammmudin berkata pengumuman itu dilakukan enam bulan lebih awal bagi mengelak spekulasi dibuat pihak luar dan memastikan peralihan tampuk pemerintahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjalan lancar selain membantu pemimpin terlibat membuat persediaan rapi.

“Mesyuarat MAT bersetuju meluluskan permohonan melanjutkan perkhidmatan melebihi umur persaraan wajib selama 12 bulan bagi Zulkifeli mulai 14 Jun sehingga 13 Jun 2017 dan beliau akan mengambil cuti tahunan terkumpul serta mengikuti latihan peralihan mulai 16 Dis 2016.

“Mesyuarat juga memperakukan pelanjutan tempoh perkhidmatan melebihi umur persaraan wajib selama 12 bulan untuk Raja Mohamed Affandi mulai 20 Jun 2017 sehingga 19 Jun 2018,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. – BERNAMA

Tags: ATMHishammuddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd