• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK N.Sembilan Keluar 8 Kompaun Kepada Peniaga Bazar

oleh Ahmad Albab
21/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Lapan kompaun kepada peniaga bazar Ramadan di negeri ini atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Ketua Penguatkuasa KPDNKK negeri Saiful Bahri Abdul Kadir berkata lapan kes itu membabitkan kesalahan menjual barang lebih daripada harga ditetapkan dan tidak meletakkan tanda harga merah jambu.

“Lebih 1,000 premis di bazar Ramadan telah kami periksa dan hasil pemantauan mendapati dari segi tanda harga tiada masalah dan setakat ini kami tidak menerima aduan tentang kenaikan harga barang.

“Cuma dari segi pemantauan skim kawalan harga bermula Khamis lalu hingga hari ini, terdapat lapan kes kesalahan yang dikesan membabitkan lokasi di Seremban, Port Dickson dan Kuala Pilah,” katanya kepada media selepas program Pemimpin Bersama Pemasar di Pasar Tani Ampangan, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza yang turut hadir berkata dalam lawatannya beliau berpuas hati melihat rata-rata peniaga menawarkan harga barang jauh lebih murah daripada harga yang ditetapkan kerajaan.

“Alhamdulillah, peniaga mematuhi harga kawalan dan kebanyakan mereka meletakkan harga di bawah harga siling. Contohnya, daging dijual RM29 sekilo sedangkan harga kawalan RM30, begitu juga ayam yang dijual RM7.50 sekilo berbanding harga pasaran RM7.90.

“Ini yang sepatutnya dilakukan peniaga, kalau mereka dapat harga borong rendah kena jual harga rendah, jangan terlalu mengaut keuntungan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KPDNKKpeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd