• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program ‘Kongsi Berita’ Taruhan Terbaru TV AlHijrah

oleh Ahmad Albab
21/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUAT julung kali stesen penyiar TV AlHijrah tampil dengan rancangan infotainment terbaru berlandaskan isu-isu viral dalam usaha menarik minat penonton dikalangan generasi muda dengan sajian informasi menarik dan gaya penyampaian yang lebih santai.

Bakal bersiaran pada setiap Selasa dan Rabu jam 8.30 malam, Program yang berdurasi selama 30 minit ini bakal merangkumkan berita hal ehwal semasa yang menjadi viral dan trending di laman sosial tempatan dan luar negara yang berlangsung sepanjang minggu tersebut.

“Kelahiran program ini diharap dapat menyekat kebuntuan penyebaran maklumat palsu dengan memberi ruang rasmi kepada orang ramai berkongsikan berita dengan cara yang betul dan beretika. Selaras dengan imej TV AlHijrah, pastinya semuanya patuh syariah,” Kata Penerbit merangkap Pengacara Kongsi Berita, Khairul Wasiril Aswad.

 Khairul Wasiril Aswad
Penerbit merangkap Pengacara Kongsi Berita, Khairul Wasiril Aswad.

Kongsi Berita juga bakal berfungsi sebagai platfom bagi orang ramai yang gemar berkongsikan berita di laman sosial dengan menghantarkan klip rakaman video dan gambar secara lansung menerusi laman rasmi Facebook dan Instagram Kongsi Berita TV AlHijrah sebelum ia disaring dan disiarkan di kaca TV. Selain itu, penonton boleh berkongsi berita viral tersebut di WA 011-3536 4896.

“Orang ramai hanya perlu meletakkan hashtag #kongsiberita dalam setiap perkongsian mereka di laman sosial bagi melayakkan penyertaan berita mereka dipilih,” jelas Khairul Wasiril Aswad.

Antara segmen menarik yang lain termasuk ‘Berita Khas’ dimana pihak produksi Kongsi Berita akan menyediakan bingkisan yang komprehensif terhadap tiga berita pilihan yang mendapat jumlah perkongsian dan tontonan tertinggi sepanjang minggu tersebut.

Begitu juga dengan ‘Segmen Carta Top 10 Viral’ dimana 10 berita yang trending akan dirangkumkan sebelum ia disiarkan semula dengan cara yang interaktif bagi tatapan umum.

Segmen tambahan termasuk ‘Hijrah Sana Sini dimana segala program turun padang, CSR TV AlHijrah khususnya yang meliputi aktiviti, informasi dan program dakwah islamiah anjuran TV AlHijrah yang boleh di ikuti orang ramai dari masa ke semasa. – MYNEWSHUB.CC

#IslamIsFirstClass

Tags: beritaTV ALHijrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fahmi Pertahan Hak Media Lapor Berita Petik ‘Sumber’

Fahmi Pertahan Hak Media Lapor Berita Petik ‘Sumber’

20/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, mempertahankan hak agensi media untuk menyiarkan berita yang memetik sumber dalam...

Tular Netizen Kutuk TV AlHijrah Biadab Hina Najib

27/01/2019
0

CELUPAR... Ketika ramai penonton mula gelar TV AlHijrah sebagai TV AlFitnah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, wartawan stesen penyiaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd