• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didie Alias Bengang Sikap Sombong Pelakon Baharu

oleh AK-47
21/06/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, pelawak dan pengacara, Didie Alias baru-baru ini meluahkan rasa bengangnya terhadap sikap segelintir pelakon baharu yang sombong dan kurang beradab di set penggambaran.

Didie, 44, yang sudah berkecimpung berpuluh tahun lamanya dalam industri seni mendakwa banyak kali bekerjasama dengan pelakon baharu yang langsung enggan bertegur sapa hingga membuatkan hatinya terguris.

“Bukan sekali dua saya lalui perkara berkenaan sebaliknya banyak kali. Mereka (pelakon baharu) hanya duduk di set tanpa bertegur sapa. Ada yang hanya memegang telefon bimbit semata-mata mahu mengelak berbual dengan pelakon lain.

“Kalau dahulu, saya sebagai orang baharu akan cuba menegur dan beramah mesra dengan orang lama. Bukan kita mahu bekerja sekali itu sahaja, tentu perlu mengenali terlebih dahulu.

“Bukan buat ‘bodoh’ sahaja kemudian terus masuk dalam set seperti orang hebat sangat,” luah Didie kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambah Didie, ada juga pelakon baharu yang memberi alasan tidak munasabah bahawa mereka takut untuk menegur.

Oleh itu, Didie berharap pelakon baharu membuang ego masing-masing agar suasana janggal tidak wujud. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Didie Alias
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Didie Tidak Berdendam, Serah Pada Pihak Pengadilan

29/03/2018
0

KEMELUT yang melibatkan penerbit drama, Datuk Rafiena Ezanee Ramli dengan pelakon dan pengacara tempatan, Didie Alias masih belum menemui jalan...

“Job Masih Ada, Cuma Saya Kurang Berlakon” – Didie

06/12/2017
0

LAWAKNYA yang bersahaja di dalam setiap lakonan sering menjadi pujian dan kesukaan para penonton. Namun, akibat sudah lama tidak muncul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd