• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Bashah Bersemangat Untuk Segera Bertugas

oleh Ahmad Albab
22/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan komplikasi usus di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 7 Jun lalu, dilihat bersemangat untuk segera kembali bertugas.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna & Koperasi dan IMTGT Negeri Datuk Dr Ku Rahman Ku Ismail berkata Ahmad Bashah sendiri mahu mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang akan diadakan di HPP esok.

“Ahmad Bashah kata beliau dah sihat dan sudah boleh mempengerusikan mesyuarat Exco seperti biasa. Keadaan kesihatan beliau kini berbeza, beliau begitu ceria dan semakin bertenaga.

“Kita berdoalah agar keadaan kesihatannya terus bertambah baik,” katanya kepada pemberita selepas mewakili Ahmad Bashah pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat serta Penyampaian Sumbangan bagi Daerah Pendang/Pokok Sena di Masjid Sultanah Haminah, Tanjung Radin di sini, malam tadi.

Ahmad Bashah sebelum ini dirawat di Kedah Medical Centre (KMC) pada 4 Jun lalu selepas beliau pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Kedah di Hotel Grand Alora, Alor Setar sebelum dipindahkan ke HPP pada 6 Jun.

Ku Rahman berkata ketika beliau melawatnya di HPP beberapa kali sebelum ini, Ahmad Bashah banyak bertanyakan mengenai keadaan negeri walaupun dinasihat agar terus berehat bagi memastikan proses pemulihannya tidak terganggu.

Beliau berkata mesyuarat Exco di HPP itu esok akan membincangkan perkara-perkara biasa dan tidak ada agenda tertentu yang perlu dibincangkan segera.

“Setiap Rabu adalah hari untuk mesyuarat Exco dan saya pasti beliau sudah mendapat nasihat doktor untuk membolehkan mesyuarat diadakan di HPP esok,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 1,500 penerima dari daerah Pendang/Pokok Sena menerima sumbangan berkenaan membabitkan peruntukan lebih RM300,000.- BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd