• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAIM Jawab Misteri Penghadang Kayu Bergerak

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA hari lalu, netizen dikejutkan dengan rakaman video ‘seram’ mendakwa penghadang kayu di masjid Baru Kampung Tedong, Melaka mempunyai kuasa ‘mistik’ apabila ia bergerak secara sendiri dalam satu rakaman CCTV.

Rakaman tersebut tersebar meluas di media sosial sehingga membuatkan pelbagai pihak mengeluarkan idea dan pendapat masing-masing bagi merungkai kejadian pelik itu.

Kaitan: Misteri, Penghadang Masjid Gerak Sendiri

Merujuk kepada perkara ini, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) akhirnya menjelaskan kejadian misteri penghadang kayu yang bergerak sendiri itu disebabkan oleh faktor angin dan keadaan fizikal.

Menurut Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani, siasatan awal yang dijalankan di lokasi mendapati penghadang kayu itu boleh bergerak sendiri kerana ia mempunyai roda dan diletakkan di ruang terbuka.

“Pihak JAIM telah menjalankan siasatan di masjid tersebut dan kami mendapati penghadang kayu itu boleh bergerak sendiri apabila angin kuat kerana ia mempunyai roda.

“Selain itu, permukaan lantai yang licin juga adalah faktor utama penghadang kayu tersebut mudah bergerak mengikut arah angin,” katanya sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar arus perdana.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan kewujudan jin dan terdapat golongan jin yang berupaya meminda atau menggerakkan benda secara fizikal.

“Terdapat golongan jin yang boleh menggerakkan barang iaitu jin Ifrit. Jin ini juga boleh menjelma sebagai manusia dan mengeluarkan api seperti yang berlaku pada zaman Nabi dan Rasul.

“Selain jin Ifrit, ada juga jin-jin lain namun golongan itu tidak begitu kuat dan kebiasaannya mengganggu manusia dengan bunyi guli dan mengetuk,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: JAIMMelakamistik
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

Cadang Resort Vila Atas Air Ikonik Di Crystal Bay Melaka, Bernilai Lebih RM240 Juta

27/09/2026
0

MELAKA: Sebuah syarikat tempatan, Tuah Tower Sdn Bhd, mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Melaka pembinaan sebuah resort mewah berkonsepkan vila atas...

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

Video Zahid Mahu Teruskan Persefahaman BN-PN Di Melaka Kembali Tular

22/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 1 Ogos lalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd