• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes HFMD Naik Mendadak Di Johor Sejak Awal Mei

oleh Ahmad Albab
21/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menunjukkan trend peningkatan yang mendadak di Johor sejak awal bulan lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata bagi tempoh mulai 14 hingga 20 Mei sahaja, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 161 kes iaitu yang tertinggi setakat ini untuk tahun ini.

Menurutnya, untuk jumlah kes terkumpul pula, Johor mencatatkan sebanyak 1,448 kes dari Januari hingga 11 Jun tahun ini berbanding 1,847 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Walaupun jumlah kumulatif kes nampak kurang tahun ini, namun jumlah wabak yang dilaporkan adalah 49 episod iaitu peningkatan sebanyak 113 peratus berbanding 23 episod pada 2015,” kata Ayub dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu dua daerah yang mencatat jumlah kes serta wabak HFMD yang tertinggi ialah Johor Baharu dengan 641 kes (20 wabak) dan Kluang dengan 236 kes (14 wabak).

“Justeru, semua pihak termasuk ibu bapa dan penjaga dinasihatkan agar mengamalkan saranan yang diberi iaitu antaranya tidak membawa anak ke tempat awam, sekolah, taska atau pusat jagaan sekiranya mempunyai tanda-tanda jangkitan kerana ini boleh merebakkan jangkitan.

“Selain itu, kanak-kanak yang disyaki mempunyai simptom-simptom HFMD perlu mendapatkan rawatan awal daripada doktor,” katanya. – BERNAMA

Tags: HFMDVirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arnab ‘Bertanduk’ Di Colorado Akibat Virus

Arnab ‘Bertanduk’ Di Colorado Akibat Virus

15/08/2025
0

COLORADO: Penduduk di Fort Collins dan beberapa kawasan lain di Colorado dilaporkan melihat arnab liar dengan ketumbuhan berbentuk seperti 'tanduk'...

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

Kes HFMD Lepasi Paras Amaran Kebangsaan

20/05/2023
0

PUTRAJAYA: Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam negara dilaporkan melepasi paras amaran kebangsaan iaitu 1,150 kes seminggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd