• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penderma Muka Sifatkan Perjalanan Hidupnya Menarik

oleh Ahmad Albab
21/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS 14 tahun Mitch Hunter terlibat dalam kemalangan ngeri hingga mengakibatkan dia terpaksa menerima pemindahan muka, akhirnya bekas anggota tentera ini membuka mulut mengenai tragedi berkenaan yang telah merubah seluruh hidupnya.

Hunter, merupakan individu ketiga yang menjalani pembedahan muka di Amerika Syarikat. Dia menerima muka daripada salah seorang penderma dan ia dilakukan lima tahun lalu.

Kini, Hunter menyifatkan apa yang dilaluinya itu sebagai satu perjalanan yang menarik meskipun terpaksa menderita selepas kemalangan berkenaan.

“Kini ia lebih mudah bagi saya untuk keluar di tempat awam. Sejuk, panas, gatal dan apabila pipi saya dicium, saya boleh merasakannya.

“Muka saya juga ditumbuhi janggut,’’ katanya ketika menceritakan mengenai wajahnya itu dalam sesi soal jawab di Reddit,

Hunter berusia 21 tahun apabila kereta yang dinaikinya bersama rakan dan kekasih rakannya itu merempuh tiang lampu selepas kereta itu hilang kawalan di lebuh raya North Carolina.

Dia kemudiannya menolak wanita berkenaan keluar dari kenderaan terbabit. Ketika itu Hunter telah terpijak kabel elektrik dan terkena renjatan.

Dalam masa lima minit, dia tidak lagi dikenali malah wajahnya umpama zombie. Hunter terpaksa menjalani 20 pembedahan di bahagian muka dengan mengambil kulit dari bahagian kaki, tangan dan belakang.

Pada mulanya Hunter dan kekasihnya, Katarina menerima keadaan berkenaan namun apabila Katarina mengandung, Hunter terpaksa mencari inovasi dalam bidang perubatan untuk mengatasi keadaan wajahnya itu kerana tidak mahu anaknya kelak berasa takut apabila memandang wajahnya.

Selepas melalui beberapa siri ujian, Boston’s Brigham & Women’ Hospital memberikan persetujuan untuk membantu Hunter dan mereka mula mencari penderma.

Doktor juga terpaksa melakukan lebih 30 pembedahan ke atas Hunter sebelum dia mendapat wajah baru. – MYNEWSHUB.CC

Tags: mukapembedahan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

TERKINI: Pengawal Peribadi Masih Alami Pendarahan Usus, Perlu Jalani Pembedahan Susulan – Isteri

15/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang masih kritikal selepas ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1,...

Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan

Kamal Adli Selamat Jalani Pembedahan

13/03/2023
0

SINGAPURA - Selebriti Malaysia, Kamal Adli yang cedera apabila diserang oleh seorang lelaki di Singapura lewat malam Ahad selamat menjalani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd