• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerana Mahu Cantik, Wanita Maut Ketika Dibedah

oleh AK-47
26/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KES maut untuk cantik bukan perkara baru, namun kerana ketaksuban untuk kelihatan menarik, ia gagal menjadi pengajaran bagi segelintir wanita.

Terbaru seorang wanita Britain berusia 24 tahun dikenali sebagai Joy William, maut di katil pembedahan kosmetik di Bangkok, Thailand kira jam 11 malam Khamis.

Mangsa dikatakan tidak sedarkan diri selepas disuntik ubat bius bagi menjalani pembedahan membetulkan ekor tulang belakangnya.

Pegawai Penyiasat Leftenan Kolonel Chaliang Inthip berkata, sejurus selepas kematian wanita itu dilaporkan, pasukan penyiasat dikejarkan ke klinik berkenaan dan mereka menemui mayat mangsa terbaring di atas meja pembedahan dengan kesan torehan sepanjang 7.6 sentimeter pada ‘ekor’ tulang belakangnya.

Doctor_Sompob_Sansiri

Mayat wanita itu dibawa ke hospital untuk dibedah siasat, manakala doktor yang menjalankan prosedur itu, Dr Sompob Saensiri, 51, disoal siasat polis.

Hasil soal siasat, wanita itu dikatakan pernah menjalani rawatan sedut lemak di klinik itu sebelum ini.

Tidak dapat dipastikan wanita itu datang ke Bangkok seorang diri atau berteman untuk menjalani pembedahan.

Kini pasukan penyiasat menyoal kakitangan klinik, semua doktor dan pembantu selain memeriksa premis itu untuk mengenal pasti sama ada peralatan pertolongan cemas disediakan seperti diperuntukkan undang-undang.

http://www.youtube.com/watch?v=RFw4zgwBCK8

Katanya, bedah siasat juga dijalankan untuk memastikan punca sebenar kematian Joy yang hanya disedari selepas pembedahan itu selesai dijalankan.

Pada laman web klinik itu menyatakan Dr Sompob berkelulusan perubatan di Universiti Chiang Mai dan lulus pada 1992, selain pernah menjalani latihan amali di Amerika Syarikat. Kini dia berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK KAWASAN

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

13/06/2026
0

TANAH MERAH - Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menubuhkan parti baharu dikenali sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd