• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Sg. Besar: 58 Peratus Keluar Mengundi Setakat 2 Petang

oleh Ahmad Albab
18/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Sungai Besar berjalan lancar dengan 24,572 atau 58 peratus daripada 42,365 pemilih berdaftar keluar mengundi setakat 2 petang ini.

Berdasarkan permantauan Bernama di beberapa pusat daerah mengundi mendapati kehadiran pengundi semakin berkurangan walaupun keadaan cuaca cerah dan tidak terlalu panas.

Peraih-peraih undi yang kelihatan bersemangat pada awal pagi tadi, kelihatan sudah agak kurang agresif untuk menarik perhatian pengundi.

PRK Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi, Dr Abdul Rani Osman daripada PAS dan Azhar Abdul Shukur daripada Parti Amanah Negara (Amanah).

Sebanyak 42,365 pengundi biasa layak mengundi hari ini selepas 265 orang atau 92.6 peratus daripada 286 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka Selasa lalu (14 Jun).

Sebanyak 28 pusat mengundi dengan 90 saluran dibuka tepat 8 pagi tadi dan akan ditutup pada 5 petang untuk proses pengiraan undi sebelum di bawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Seri Bernam, di sini.

PRK kawasan Parlimen Sungai Besar diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi berikutan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Ia diadakan serentak dengan PRK Kuala Kangsar, Perak juga berikutan kematian anggota Parlimen kawasan itu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas yang sama.- BERNAMA

Tags: PRK Sungai Besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

PRK Sg. Besar: Peti Undi Mula Tiba Di Dewan Seri Bernam

18/06/2016
0

SUNGAI BESAR - Peti-peti undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar tiba di pusat penjumlahan undi di Dewan Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd