• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Harap Masjid Jamek Kampung Baru Jadi Bangunan Ikonik

oleh Ahmad Albab
18/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Masjid Jamek di Kampung Baru di sini akan menjadi bangunan ikonik dan tumpuan utama di kawasan itu seiring dengan pembangunan semula Kampung Baru.

Dalam catatan di Facebooknya, beliau turut menzahirkan rasa gembira dengan perkembangan masjid itu yang kini mampu memuatkan sehingga 11,000 jemaah.

“Alhamdulillah sempat solat Asar di Masjid Jamek Kg Baru semalam. Saya gembira lihat Masjid Jamek ini sekarang semakin indah dengan keluasannya juga kini lebih besar, mampu muatkan sehingga 11 ribu jemaah berbanding lapan ribu dulu.

“Insya-Allah, Masjid Jamek ini kelak akan jadi bangunan ikonik dan tumpuan utama di Kampung Baru,” katanya.

Menerusi catatan itu, Najib turut berkongsi tiga keping gambar beliau bersalaman dengan jemaah, serta struktur dalaman masjid berkenaan.

Turut dimuat naik klip video berdurasi 1 minit 59 saat di masjid sama selain tinjauan beliau di Bazar Ramadan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru dan kesempatan beramah mesra dengan golongan peniaga dan orang ramai.

“Saya yakin dan percaya dalam beberapa tahun akan datang ini kita akan melihat wajah baharu Kampung Baru ini yang boleh menjadi kebanggaan seluruh negara,” katanya di dalam video itu.

Dalam lawatannya itu, perdana menteri turut tidak ketinggalan mengagihkan bubur lambuk sumbangan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kepada orang ramai di perkarangan Masjid Jamek. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd