• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fauziah Latiff Tangguh Lagi Perkahwinannya

oleh AK-47
18/06/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK tahun lepas, penyanyi terkenal Fauziah Latiff pernah mengumumkan bakal mengakhiri zaman solo tidak lama lagi.

Bagaimanapun, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, masih lagi tiada berita perkahwinan Fauziah dilaporkan.

Tampil menjelaskan hal itu, Fauziah mengakui terpaksa menangguhkan perkahwinannya sekali lagi.

Menurut Fauziah, tarikh perkahwinannya tidak dapat ditetapkan kerana masing-masing masih sibuk dengan urusan kerjaya.

Namun, Fauziah juga telah menjelaskan mereka juga sebenarnya masih dalam fasa untuk mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam.

“Memang kami sepatutnya berkahwin, namun apa daya kerana belum menemui masa sesuai. Saya tidak mahu terburu-buru dan kami masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.” katanya kepada Harian Metro.

Fauziah, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, tetapi kedua-duanya menemui jalan penceraian.

Kali pertama Fauziah berkahwin bersama Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail berlangsung pada 1992 dan bercerai selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.

Selepas lima tahun solo, Fauziah kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Johan Indot di London.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki Jeffri Joaquim, 18, dan Jeremy Jay, 16 sebelum bercerai pada tahun 2007.

Kita manusia hanya mampu merancang tetapi segala-galanya bergantung pada ketentuan takdir. InshaAllah, kalau ada jodoh pasti Fauziah Latiff akan berkahwin juga nanti. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Fauziah Latiff
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fauziah Latiff Dan Nassier Wahab Tunai Haji

27/08/2017
0

PENYANYI Fauziah Latiff dan Nassier Wahab diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Nassier berkongsikan khabar itu menerusi...

Jee Menang Persembahan Terbaik Artis ASEAN

15/09/2016
0

PENYANYI yang popular dengan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu, Fauziah Latiff atau Jee mencipta sejarah peribadi apabila menerima Anugerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd