• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Bashah Sudah Semakin Pulih – Isteri

oleh Ahmad Albab
18/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah semakin sihat dan sudah mula boleh berjalan selepas menjalani pembedahan komplikasi usus di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 7 Jun.

Isterinya, Datin Seri Hizam Awang Ahmad berkata Ahmad Bashah sudah boleh berjalan menggunakan tongkat selepas menjalani rawatan fisioterapi selain boleh minum sendiri dan dijangka akan dipindahkan ke wad biasa dalam masa terdekat.

“Beliau kini sudah boleh dipindahkan ke wad biasa, tapi beliau meminta untuk ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk privasi. Ini juga bagi memudahkan proses pemulihan beliau.

“Sepanjang berada di hospital, beliau tidak terlalu memikirkan soal kerja kerana doktor nasihatkan supaya banyak berehat bagi mempercepatkan proses pemulihan. Saya minta rakyat dapat terus berdoa supaya beliau cepat sembuh,” kata Hizam selepas Majlis Penyerahan Kuih Raya Badan Amal Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah (Bidara) di sini hari ini.

Beliau berkata pada 22 Jun ini, Ahmad Bashah akan mempengerusikan mesyuarat Ahli mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di HPP.

Ahmad Bashah dirawat di Kedah Medical Centre (KMC) pada 4 Jun lalu selepas beliau pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Kedah di Hotel Grand Alora, Alor Setar sebelum dipindahkan ke HPP pada 6 Jun.

Terdahulu, Hizam menyampaikan sumbangan kuih raya sempena Hari Raya Aidilfitri kepada 300 penerima yang terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan wakil Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Berucap pada majlis itu, beliau berkata sumbangan kuih-muih itu merupakan penghargaan Bidara terhadap pengorbanan anggota keselamatan yang bertugas menjaga keselamatan negara pada 1 Syawal nanti.

“Kita berharap sumbangan ini dapat membawa kegembiraan kepada para penerima terutama anggota keselamatan yang perlu bertugas pada bulan Ramadan dan Syawal ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Bashah Md Hanipah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muktamad, Tiada Pertukaran Calon BN Kedah – Bashah

27/04/2018
0

ALOR SETAR - Semua calon Barisan Nasional (BN) Kedah bagi 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Wakil India Dalam Exco Negeri Jika Calon MIC Menang

27/04/2018
0

ALOR SETAR – Pengundi kaum India di Kedah diingatkan agar memastikan calon MIC mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd