• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Sg. Besar: 28 Pusat Mengundi Dibuka 8 Pagi

oleh Ahmad Albab
18/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Sebanyak 28 pusat mengundi dengan 90 saluran untuk pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 42,365 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Cuaca pagi ini mendung dan berdasar pemantauan di beberapa pusat daerah mengundi (PDM), orang ramai sudah mula membanjiri pusat-pusat mengundi (PDM) yang dibuka.

Warga emas, Mohamed Chat, 64, yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Parit Empat di sini menjadi pengundi pertama yang menunaikan tanggungjawab itu pagi ini.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata kesemua pusat mengundi di 24 buah sekolah, dewan orang ramai (satu) dan balai raya (tiga) akan ditutup pada 5 petang.

Pada Selasa lepas (14 Jun) sebanyak 265 orang atau 92.6 peratus daripada 286 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mengundi di dua pusat mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam di sini.

Pengiraan undi bermula sebaik pusat pengundian ditutup dan penjumlahan akan dilakukan di Dewan Seri Bernam, di sini.

Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi pada PRK itu sebanyak 75 peratus berbanding 88.30 peratus pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Beliau juga berkata keputusan pengundian bagi kerusi Parlimen itu dijangka diumumkan selewat-lewatnya pukul 9 malam ini.

PRK Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi, calon PAS Dr Abdul Rani Osman dan Azhar Abdul Shukur daripada Parti Amanah Negara (Amanah).

Kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

PRK Parlimen Sungai Besar dijalankan serentak dengan PRK Parlimen Kuala Kangsar, Perak berikutan kematian penyandang kerusi itu Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dalam nahas yang sama.

Pada PRU13, Allahyarham Noriah menang dengan majoriti 399 undi, mengalahkan calon PAS Mohamed Salleh M.Hussin. – BERNAMA

Tags: PRK Sungai Besar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

PRK Sg. Besar: Peti Undi Mula Tiba Di Dewan Seri Bernam

18/06/2016
0

SUNGAI BESAR - Peti-peti undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar tiba di pusat penjumlahan undi di Dewan Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd