• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sertai Majlis Doa Selamat Sambut Maal Hijrah

oleh Ahmad Albab
26/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyertai lebih 4,000 jemaah pada majlis bacaan Yasin dan doa selamat bagi menyambut kedatangan Maal Hijrah 1436H di Masjid Negara malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1435H disusuli doa awal tahun 1436H sebelum diteruskan dengan solat Maghrib dan diikuti bacaan surah Yasin, tahlil, doa selamat serta solat Isyak secara berjemaah.

Terdahulu, jemaah berpeluang mengikuti forum agama selama 45 minit bertajuk ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ yang turut disiar secara langsung oleh RTM.

Ia disertai dua panelis iaitu Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Norhafizah Musa.

Sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd