• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Malaysia Tunduk 2-0 Kepada Papua New Guinea

oleh Ahmad Albab
17/06/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua jaringan separuh masa pertama oleh Tommy Semmy, cukup bagi Papua New Guinea (PNG) membenam Malaysia 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa berstatus A di Stadium Sir John Guise, Port Moresby, hari ini.

Skuad Harimau Malaysia yang nampak yakin menguasai permainan pada 20 minit pertama, gagal mengawal Semmy daripada mengegarkan gawang pada minit ke-35 dan 42 pada aksi pertama Jelajah Ocenia skuad negara.

Biarpun memperagakan corak permainan seimbang namun penyudah yang tumpul memaksa ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee melakukan lima pertukaran pemain, seminit selepas babak kedua bermula.

Bagaimanapun, usaha itu tidak membawa sebarang hasil di gawang lawan sehingga memaksa Kim Swee melakukan pertukaran terakhir pada minit ke-62, sekali gus separuh daripada kesebelahan utama diganti bagi menyelamatkan maruah negara.

Kecederaan tonggak pertahanan Selangor, Shahrom Abdul Kalam empat minit kemudian ternyata memudaratkan keadaan apabila, skuad kebangsaan yang menduduki ranking ke-173 terpaksa bertahan dengan 10 pemain.

Cubaan berbahaya Christie Jayaseelan ke arah gol skuad ‘The Kapuls’, yang menghuni ranking ke-193 dunia, pada minit ke-82 juga tidak membuahkan hasil dan keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, Kim Swee memberikan amaran kepada segelintir pemain supaya bangkit menunjukkan kesungguhan dan kemampuan mereka apabila diberikan peluang pada masa akan datang sekiranya ingin kekal bersama skuad kebangsaan.

“Saya berharap dengan keputusan mengecewakan ini, kita dapat satu pengajaran di mana kita harus bangkit dan harus konsisten. Selepas menewaskan Timor Leste dengan mudah, ada segelintir pemain yang mengambil mudah lawan hari ini.

“Beberapa pemain yang diturunkan tidak menunjukkan karakter sebenar mereka dan tidak membantu pasukan, ini satu perkara yang saya perlu teliti. Walaupun main dengan 10 pemain, kita berjaya cipta dua peluang, ini membuktikan jika mentaliti pemain ingin melakukan sesuatu, kita mampu bermain dengan baik.

“Papua New Guinea menunjukan peningkatan dengan tidak memberikan ruang kita gerak ke hadapan dengan melakukan ‘pressing’ dari awal,” katanya seperti dipetik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Dalam siri Jelajah Oceania, skuad Harimau Malaysia selepas ini akan bertemu dengan New Caledonia (ranking 183) di Noumea pada 22 Jun dan Fiji (ranking 186) di Nadi pada 26 Jun ini, sebelum pulang ke tanah air. – BERNAMA

Tags: Harimau Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video: ‘Menang Tetap Menang!’ – TMJ

02/04/2018
0

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim gembira bukan kepalang dengan kejayaan skuad Harimau Malaysia menewaskan Bhutan 7-0 pada...

Piala Asia 2019: Malaysia Seri Bertemu Hong Kong

06/09/2017
0

SKUAD Harimau Malaya meraih satu mata pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 selepas aksi seri 1-1 ke atas Hong Kong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd