• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Terima Kasih’ Rafizi, Bongkar Salah Laku Kerajaan Selangor

oleh Ahmad Albab
17/06/2016
dalam Jenayah, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos ‘berterima kasih’ kepada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli kerana mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang diterajui parti itu sendiri.

Beliau berkata tindakan Rafizi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini menunjukkan seolah-olah salah laku kuasa dan rasuah memang wujud dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Rentetan laporan Rafizi itu, saya difahamkan SPRM telah menahan seorang bekas Anggota Parlimen di Selangor dua hari lepas bagi membantu siasatan kes rasuah.

“Kita berharap dengan penahanan itu, SPRM akan menjalankan siasatan lebih terperinci termasuk turut menjurus kepada menteri besar memandangkan yang ditahan itu adalah orang kuatnya. Kita juga ucapkan tahniah kepada Rafizi kerana telah tunjukkan isu sebenar berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sumber SPRM dilaporkan berkata bekas wakil rakyat itu ditahan bersama wang berjumlah RM30,000 yang dikatakan diterima daripada seorang kontraktor.

Bekas anggota Parlimen itu bagaimanapun dibebaskan SPRM kira-kira 3 petang semalam setelah selesai memberi keterangan.

Ketika ditemui pemberita, lelaki itu menafikan beliau terlibat dalam kegiatan rasuah seperti yang dilaporkan.

Rafizi pada bulan lepas membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya berhubung dakwaan salah laku pentadbiran kerajaan negeri Selangor selain mengemukakan maklumat dan bukti serta individu yang didakwanya terlibat.

Baru-baru ini, beberapa portal berita melaporkan kononnya terdapat amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Laporan itu dibuat berikutan pendedahan perbualan aplikasi WhatsApp Rafizi yang didakwa mendedahkan wujud permintaan untuk mendapatkan wanita sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri. – BERNAMA

Tags: Rafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd