• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

107 Kes HFMD Direkodkan Jabatan Kesihatan Kedah

oleh Ahmad Albab
17/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Negeri Kedah merekodkan 107 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini bagi tempoh 3 April hingga 11 Jun lepas.

Pengarahnya Datuk Dr Norhizan Ismail berkata bagi minggu ke-14 bermula 3 hingga 9 April lepas, tujuh kes wabak dicatatkan iaitu lima wabak berlaku di rumah dan dua berlaku di tadika.

Beliau berkata bagi minggu ke-17 (24-30 April) sebanyak 17 kes dilaporkan berbanding lapan kes pada minggu ke-16 (17-23 April).

Katanya sebanyak 41 kes dicatatkan bagi minggu ke-22 (29 Mei-4 Jun), iaitu kes tertinggi yang dicatatkan dan telah melepasi paras epidemik bagi negeri ini iaitu 34 kes.

“Jumlah kes sedikit menurun kepada 34 kes pada minggu ke-23 (5-11 Jun),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Norhizan berkata kes HFMD di negeri ini menunjukkan penurunan kes kepada 265 kes bagi tempoh 1 Jan hingga 11 Jun lepas berbanding 290 kes bagi tempoh sama pada tahun 2015.

Penyakit HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71) dan ianya merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit dengan tempoh inkubasi adalah tiga hingga lima hari.

Kebiasaan jangkitan adalah ringan dengan gejala demam diikuti ruam, melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah dan hampir keseluruhan pesakit yang mengidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan perubatan dalam masa tujuh hingga 10 hari.

Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100 peratus dalam kalangan kanak-kanak kurang daripada 10 tahun terutamanya di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska dan tadika.

“Kita nasihatkan kepada ibu bapa atau penjaga sekiranya kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan agar tidak membawa anak ke tempat-tempat awam seperti sekolah dan tadika serta perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin.

“Pihaknya telah mengeluarkan amaran peningkatan kes HFMD kepada semua Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di negeri ini pada 7 Mei lepas agar mereka dapat mempertingkatkan pendidikan kesihatan dan memberi taklimat kepada orang ramai serta membuat pemantauan di tadika dan taska,” katanya. – BERNAMA

Tags: KKMVirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd