• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Perniagaan Ditembak Mati Tak Mempunyai Musuh

oleh Ahmad Albab
17/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Siasatan polis mendapati ahli perniagaan yang mati ditembak dalam kenderaannya berhampiran Plaza Tol Sungai Rasau dekat sini Rabu lepas tidak mempunyai musuh dan tiada rekod jenayah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata mangsa yang dikenali Gooi Tan Hock, 43, menjalankan perniagaan menjual meja snooker selama setahun.

“Mengikut keluarga dan rakannya, mangsa tidak mempunyai musuh dan tidak bermasalah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.35 petang Rabu lepas, Gooi dipercayai dari arah Klang menuju ke rumahnya di Kajang ditembak mati oleh seorang suspek bermotosikal yang mengekori rapat kereta Toyota Velfire yang dipandu mangsa.

Shafien berkata mangsa dipercayai ditembak ketika membayar tol menggunakan kad Touch N Go sebelum terbabas ke arah lorong kiri jalan.

Katanya, hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati dua peluru melekat pada bahagian badan mangsa.

Beliau berkata pihaknya akan menghantar rakaman kamera litar tertutup berhubung kes itu kepada unit forensik bagi mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal suspek. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd