JET pejuang Perancis memusnahkan 12 bangunan di Iraq dipercayai menjadi tempat simpanan senjata di bawah kawalan militan Negara Islam (IS),.
Panglima Angkatan Tentera Perancis, Pierre de Villiers hari ini berkata, pasukannya mengadakan operasi besar-besaran tanpa mendedahkan lokasi serangan itu, memetik Reuters.
“Malam ini kami mengadakan operasi besar-besaran di Iraq di mana kami musnahkan bangunan di mana ‘Daesh’ (Negara Islam) mengeluarkan perangkap, bom dan senjata bagi menyerang tentera Iraq,” kata de Villiers kepada radio ‘Europe 1’.

Perancis adalah negara pertama menyertai pakatan diketuai Amerika Syarikat dalam serangan udara terhadap pemberontak IS di Iraq September lalu dan menambahkan serangan udara bulan ini.
Selain serangan udara dan misi pengintipan, operasi berkenaan juga meliputi melatih anggota tentera Iraq dan menghantar peralatan kepada pejuang Kurdis di utara. :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYA

